Monday, 24 July 2017

Tebus Baucer Lazada


Tebus Baucer Lazada| Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Baru-baru ni kinah ada tebus baucer Lazada bernilai RM150.00. Macam mana kinah dapat baucer ni? Aha kinah dapat baucer ni sebab kinah join contest daripada Lazada aritu, korang boleh rujuk di sini dan sini. Kemudian di umumkan sebagai pemenang tempat ketiga di sini.

Kemudian, kinah terima email daripada pihak Lazada inform kinah telah upgrade menjadi pemenang tempat kedua pula. Alhamdulillah rezeki. Nak tahu apa yang kinah beli dengan baucer tu? 

Dessini Die Casting Grill Pan
Barang pertama yang kinah beli dari Lazada ialah Dessini Die Casting Grilk Pan. Kinah dah cuba dah memang ok. Besar pun besar. Haa semalam dengan rasminya kinah guna pan ni. Nak tahu kinah masak apa? Ayam percik
Bakar ayam dulu atas grill pan. Bila dah siap baru tuang kuah atas ayam ni
Dah siap ayam percik
Jadilah ayam percik yang tak berapa merecik tu. Walaupun rupa tak sama macam pasar malam tu tapi rasa dia boleh tahan gak la. Takpe percubaan pertama. Nanti cuba lagi

Xiaomi Power bank
Xiaomi Power bank
Barang kedua kinah grab dari Lazada ialah Xiaomi power bank. Disebabkan power bank kinah yang lama dah masuk ayor orang Perak kata, kenalah cari yang baru. Powerbank ni penting tau bila korang pergi travel. Bila handphone kong ada la supply power. Cuma yang tak best dengan power bank ni tak ori la. Tak pela selagi tak mendatangkan masalah boleh je pakai. Janji gunakannya secara berhemah.

Kedua-dua barang tu tadi sampai tepat pada masanya. Servis Lazada memang tak pernah mengecewakan. Jadi jangan ragu-ragu nak shopping dengan Lazada dan satu tips kinah nak kongsikan bila nak shopping barang dengan Lazada rajin-rajinlah baca review daripada situlah korang boleh decide sama ada barang tu ok ke tak ok. Itu jelah kinah nak ceritakan untuk kali ni. 

7 comments:

  1. wah.....best kan kena upgrade...akak pun dapat RM150 tapi sengal pi beli handbag banyak2...hahahhahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah tahniah akak. Perempuan dgn beg memang tak boleh dipisahkan. Kinah pun ada cadang nak ambil beg, tapi bila suami kta ambil barang yang boleh pakai lama dan bermanfaat utk semua.

      Delete
  2. Selamat bershopping bersama lazada .
    Macam2 boleh masak pakai grill pan .

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Wrmbth

    Salam hari isnin kinaz

    Wah dapat hadiah dari lazada ya

    Bagus juga pilihan kinah sebab ambil barang yang selalu pakai

    Ambil gril tu nak masak kurang pakai minyak

    Nak panggang dan grill pun senang saja

    Power bank tu pun bagus

    Sebab mazni pakai brand xio mi ni dah lama

    Masih tahan lagi

    Torbaik lah

    Puas hati pakai hati riang ria

    ReplyDelete
  4. yyup betul lazada tak pernah mengecewakan hikhik. bestnya dapat tebus baucer :*

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/07/5-jenis-emosi-dalam-kalangan-remaja.html

    ReplyDelete
  5. Bestnyaa dapa voucher. Haish bila nak ada rezeki dari Lazada lagi ni, hahah.

    ReplyDelete