Jom Balik Kampung Dengan Lazada

by - Friday, June 23, 2017

Raya lagi beberapa hari je lagi. Sekarang ni semua anak perantau dah mula beransur pulang ke kampung halaman masing-masing. Standard la bila musim perayaan tak kira la raya Aidilfitri ke, Chinese New Year dan Deepavali akan berlaku kesesakan di jalan raya. Jadi, kita perlu lakukan sedikit persiapan untuk pulang ke kampung seperti luggage, baby car seat, dan juga tempat letak makanan dan minuman jika terpaksa berbuka di dalam kereta.

Tahun ni macam biasa la kinah akan pulang ke Perak. Kampung halaman teman le. Walaupun jarak antara Perak dan Selangor tu tak la berapa jauh tapi bila dah bersesak di jalan raya tu boleh memakan masa lebih 3@4 jam uiii. Oleh sebab itu beberapa barang perlu ada di dalam kereta sementara nak sampai ke kampung. 

Jadi antara keperluan yang mesti ada bila nak balik raya ni ialah semestinya luggage baju. Takde luggage, mana nak simpan baju tu semua. Jadi, kinah memlih luggage daripada Lazada.
Bestnya luggage 3in1 jadi cukup le satu sorang. Satu untuk ibu, satu untuk ayah dan satu untuk Thahirah hehehe. 

Keperluan lain perlu ada masa nak balik kampung ni child car seat. Child car seat ni penting tau untuk keselamatan anak kita. Tak kisah la perjalanan tu jarak jauh atau dekat penggunaan child car seat ni penting tau.
Keperluan ketiga yang perlu ada dalam kereta sebelum nak pulang ke kampung ialah Multifunction Car Seat Back Storage Bag. Bagi kinah ni pun merupakan satu keperluan. Senang sikit nak digunakan bila nak beraya nanti. Ada juge stock makanan hehe.
Bersempena raya pun dah tak lama lagi, Lazada mengadakan kempen Riang Ria Raya yang berlangsung dari 19Jun hingga 30 Jun ni dan potongan harga sebanyak 90%. Masih ada masa lagi ni walaupun beberapa hari lagi nak raya. Untuk maklumat lanjut boleh layari di sini http://ho.lazada.com.my/SHQxqS


You May Also Like

0 Pengomen Tegar