Monday, 14 August 2017

Mata Tampak Menawan Dengan Eyeliner Talent Cosmetic


Mata Tampak Menawan Dengan Eyeliner Talent Cosmetic|Wanita dan make up diibaratkan umpama isi dengan kuku. Tak boleh langsung nak berpisah. Sungguhpun bukannya nak make up ala-ala artis dan MUA terkenal seperti Bella setakat nak pakai bedak compact, lipstick dan eyeliner tu dah kira ok la tu. Sekurangnya ada la sikit serinya.

Kinah ni pun bukanlah dikategorikan kaki make up. Cuma bila pergi kenduri kahwin ke event ke touch up la sikit, takdela nampak kusam sangat terutamanya di bahagian kelopak mata kita. Kalau nak tahu, apabila kita pakai cermin mata, mata kita akan kelihatan lebih kecil. Jadi, nak bagi mata ni nampak besar dan galak sikit penggunaan eyeliner adalah sangat penting.

Pemilihan eyeliner yang betul turut memainkan peranan juga tau. Eyeliner yang macam mana terpulang pada keperluan dan mengikut keselesaan setiap individu. Lagipun pelbagai jenis eyeliner yang boleh kita dapati di pasaran.

Jenis-jenis eyeliner yang boleh didapati di pasaran
Pilih je mana yang korang rasa lebih mudah. Kinah lebih selesa memilih gel berbanding cecair dan pensel. Kalau korang nak tau kinah selalu cari eyeliner dekat Zalora. Macam-macam jenama dan jenis eyeliner yang boleh kita pilih. Salah satu darinya ialah Talent Cosmetics.
Talent-Waterproof Auto Eyeliner
Untuk pengetahuan korang semua, Talent-Waterproof Auto Eyeliner ni lebih mudah dikendalikan. Tak perlu nak asah, tak perlu nak tunggu kering dan yang bestnya eyeliner ni waterproof tau. Apply je kat kelopak mata pastu siap. Kan mudah tu. Macam mana bestkan? Haa tunggu apa lagi pergi lekaih bukak website Zalora macam-macam jenis eyeliner korang boleh pilih tau.

5 comments:

  1. Replies
    1. Pakai gel ni memang best. Recommend tuk orang yang ade anak kecik macam kinah

      Delete
  2. busyra sememangnya tak reti pakai eyeliner. haha.. tp tngok org pkai cntik!

    ReplyDelete
  3. Kita suka pakai liqiud. Tapi baru2 ni tukar gel. Kurang comot.

    ReplyDelete
  4. Bab conteng Mata ni mama mmg fail haha

    ReplyDelete