Laptop Masuk Hospital

  • Wednesday, August 09, 2017
  • By Kin Naz
  • 7 Comments

Laptop Masuk Hospital| Setelah hampir 7 tahun berkhidmat dah tiba masanya si pinky Dell masuk hospital. Bila di periksa teruk sakitnya. Selama 7 tahun guna mana pernah tukar hard disk. Kali ni dah nazak sangat terpaksa la tukar. Kuikui melayang duit laki den RM300.00 untuk hard disk servis caj RM20.00 kiranya total RM320.00. Sengkak perut oii. Harga tu boleh beli barang dapur sebulan. Bila Laptop masuk hospital ni update blog pakai handphone je. Faham-faham je la update pakai handphone ni. 

Takpela dah banyak jasanya pada kinah. Selama 3 tahun berkhidmat untuk kinah masa kat universiti dulu. Paling tak boleh lupa laptop kinah kena virus. Masa tu tengah sibuk key in data untuk projek tesis. Korang bayangkan dah setengah key in tetiba virus serang habis data yang key in tu hilang. Rasa nak menangis. Banyak tu.. Nak tak nak terpaksala hantar pada member untuk format balik. Nak hantar kedai lambat siap pulak tu. 

Hmm tak taulah apa jadi dengan laptop tu. Banyak gambar kenangan masa belajar dulu. Kiter ni dah la jenis malas nak cuci gambar. Suka peram dalam tu. Entah boleh selamat ke tidak. Harap bolehlah diselamatkan. Nanti bila laptop dah sihat barulah syok nak godek coding blog ni. Korang nak tau selama laptop rosak ni kinah godek coding blog pakai handphone hahaha. Giler betul. Tapi tak semua boleh godek. Ada part je yang boleh godek. Tunggu le siap nanti kita kasi make up lawo-lawo blog ni. 

You Might Also Like

7 Pengomen Tegar

  1. busyra pun dh pakai laptop lama. smpai lah minggu lepas dia punya lembat tu tahap gila. haha.. stress kan.. hope laptop kinah cepat2 okay ye.

    ReplyDelete
  2. adoi.. memang sakit kalau tak de lapptop.. hee~ bersabarlah ye.. amik masa untuk rehat sekejap..

    ReplyDelete
  3. Bila laptop sakit mulalah dia minta duit huhu

    ReplyDelete
  4. Lama juga la dia dah berkhidmat tu kan... kalau baby dah masuk tahun satu dah dia. Semoga dapat diselesaikan dengan kadar segera.

    ReplyDelete
  5. perasaan bila laptop buat hal tu memang tak dapat nak digambarkan.. XD

    ReplyDelete
  6. sakit bila laptop masuk hospital. Sakit sebab susah nak buat kerja satu hal, sakit poket makin nipis satu hal. :P

    ReplyDelete
  7. Hilang punca jadinya bila lappy rosak. Saya dua dua lappy xleh guna.memg 100% guna fon je

    ReplyDelete