Saturday, 22 July 2017

Kenali Bahasa Tubuh Pasangan


Kenali Bahasa Tubuh Pasangan|Mana-mana pasangan suami isteri mempunyai bahasa tubuh tersendiri. Bahasa tubuh sebenarnya sangat unik dan menarik sekali untuk dipelajari. Sekiranya anda memahami, anda tidak perlu bersusah payah untuk memahami apa yang dikehendaki oleh pasangan anda.

Pandangan Mata
Suami menyatakan keinginan yang diluahkan hanya dengan pandangan mata. Redup pandangannya dan sesekali mengecilkan matanya yang tajam. Jika suami anda sedikit nakal dan mula membei isyarat dengan gerakan mata menunjukkan ruang-ruang tertentu, sebagai isteri anda sepatutnya memahami isyarat itu.

Senyuman Penuh Makna
Gaya senyuman suami anda lain daripada hari biasa. Ia lebih berkias dan lebih lama daripada biasa. Sesekali dia akan membuat anda berasa senang dan tersenyum sepanjang hari bagi menjaga mood anda.

Rambut Jadi Perantara
Sesetengah wanita yang ingin bersama suaminya akan bermain-main dengan rambutnya. Barangkali dia cuba mengingati momen yang indah bersama pasangannya. Mungkin dia mengenang dan merasa momen yang sama. Justeru, dirinya cuba bersikap manja.

Sentuhan Nyaman
Pasangan akan menyentuh beberapa bahagian yang disukai seperti bibir, kening,pipi dan rambut anda. Sambil mengusap manja ceritakan akan perihal yang menyenangkan. Emosinya cukup tenang sehingga anda tertawan. Apa lagi yang sebernarnya yang diinginkan jika mahu bermesra dengan anda.

1 comment: