Sistem Guru Online (SGO) Peneraju Sistem Pendidikan Negara


Sistem Guru Online (SGO) merupakan portal yang berkaitan dengan sistem pendidikan di negara kita. Kewujudan portal ini sedikit sebanyak memberi kemudahan kepada tenaga pengajar untuk melaksanakan tugas mereka seiring dengan peredaran semasa. Adanya portal ini juga membantu ibu bapa untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan pelajaran anak mereka.

Antara maklumat dan info yang diperoleh melalui portal ini ialah pelajar dapat memuat turun nota padat yang dihasilkan oleh guru berpengalaman bagi setiap subjek, daripada UPSR, PT3 dan SPM. Selain itu, melalui portal ini juga kita dapat merujuk takwim dan kalendar. Bank Soalan juga boleh didapati di portal ini di samping membuat semakan dan permohonan ke sekolah, artikel berkaitan pendidikan, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dan APDM iaitu Aplikasi Pangkalan Data Murid.

Diharap dengan wujudnya portal ini dapat memberi manafaat kepada semua. Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari  laman web ini https://www.sistemguruonline.my

You Might Also Like

1 Pengomen Tegar