Friday, 2 June 2017

Selamat Datang Jun, Bye bye Mei

Pejam celik dah bulan Jun. Cepat betul masa berlalukan. Alhamdulillah kita semua pun dah seminggu menjalani ibadah puasa. Rasa macam baru semalam je mula puasa. Apa pun semoga di bulan yang baru ni kita semua sentiasa dipermudahkan segala urusan, murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik. Tambah sekarang ni cuaca pulak tak menentu kejap panas kejap hujan jadi kesihatan pun jadi tak menentu. Masa bulan puasa ni ingat tau tips kinah yang cukupkan minum air sebanyak lapan gelas tu. Mana yang terlepas tu bolehla rujuk di sini.

Oh ye lagi 23 hari lagi nak sambut hari raya, confirm mak pak tengah sibuk nak prepare untuk anak-anak baju raya. Ada gak yang dah tempah kuih raya, buat kuih raya, orang yang jual lemang tepi jalan pun dah banyak. Sedikit sebanyak kemeriahan untuk menyambut hari raya Aidilfitri dah nak mula. Aish tak sabar pulak nak tengok pelita keliling rumah heheh.

Raya, raya jugak jangan kita lupa pada yang dah pergi meninggalkan kita. Jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka. 

1 comment: