Tuesday, 27 June 2017

Cara Nak Hilangkan Kesan Hangit Pada Periuk

Hari ni kinah nak berkongsi sedikit tips. Tips kali ni cara untuk menghilangkan kesan hangit pada permukaan periuk. Biasalah kekadang bila ter over cook hangitlah jadinya. Jadi bila nak mencucinya cukup payah dan memerlukan tenaga lebih untuk menyental. 
Nampak tu, kesan hangitnya sangat tebal. Untuk menghilangkan kesan hangit tu sangat mudah. Bahannya ada je kat dapur. Nak tau apa bahannya?
Baking Soda atau pun serbuk penaik. Caranya isi air dalam periuk tersebut. Kemudian masukkan satu sudu baking soda tadi (kinah tak guna satu sudu pun, tuang je) kemudian biarkan beberapa jam dan barulah boleh sental. 

Lihatlah hasilnya berkilat tu. Jadi pasni tak payah le bersusah payah nak menyental sekuat hati ke, mintak tolong abang sado ke haha.

Selamat mencuba ye

4 comments:

  1. Boleh try nanti....thanks sharing info

    ReplyDelete
  2. Yeahh boleh try nanti... Kuali banyak yg dah hitam tu.. hehe

    ReplyDelete