Wednesday, 10 May 2017

WF Motel Di Kulim Kedah

Ok lah kali ni kinah nak review satu tempat penginapan yang kitorang menginap masa di Kulim hari tu. Selama tiga hari dua malam di Kulim inilah tempat tido kami.

WF Motel menjadi pilihan kami sebabnya berdekatan dengan rumah kenduri dan juga rumah kawan kinah. Nak cari WF Motel ni tak susah pun sebab berdekatan dengan Tesco Kulim. Nak cari makan pun mudah sebab deretan motel ni ada restoran.

Bahagian receptionist. Sementara tunggu nak check in, boleh duduk dulu. Hiasannya pun simple je.

Kelengkapan di dalam bilik. Semuanya ok tapi yang tak ok bila siaran televisyennya semua channel Cina. Takde satu pun chanel dari Malaysia. Rupanya diorang guna kalau di Malaysia ni astro tapi yang diorang guna daripada China. Remote pun tulisan cina. Aiyaaa. Bila tanya receptionist, diorang suruh tekan button di belakang televisyen untuk dapatkan siaran biasa. Payah betul.

Ni port baik untuk kaum adam kalau nak melepak sambil merokok. Beli kat luar dan makan kat sini pun boleh. 

Bagi yang merokok jangan merokok dalam bilik. Mereka dah sediakan tempat khusus untuk merokok di tingkat dua. 

Sebenarnya sepanjang tiga hari dua malam di sini ada yang tak best dengan motel ni. Sebabnya terlampau banyak lalat. Bukannya ada makanan pun. Banyak sangat lalat terutama di bahagian receptionist tu. Bukan motel ni je yang kena serangan lalat tu kedai lain pun sama. Diharap pihak pengurusan dapat atasi masalah ni dengan sebaiknya. 



2 comments:

  1. hi, im the one of staff of wf motel..... thanks for your comments. we will upgrade our system arcodingly..The houseflies is undercontrol, but it is seasonal...

    ReplyDelete
  2. hi, im the one of staff of wf motel..... thanks for your comments. we will upgrade our system arcodingly..The houseflies is undercontrol, but it is seasonal...

    ReplyDelete