Sepahnya Rumah !!!

  • Wednesday, February 22, 2017
  • By Kin Naz
  • 2 Comments



Fuhh bila ada budak kecik dalam rumah jangan mimpi la rumah tu nak cantik dan teratur. Sebabnya kita ada pembantu rumah tak berbayar yang 'mengemas' rumah kita tu. Kemasla banyak kali tetap sama juga seleraknya. Jadi tak hairan la kalau pergi berkunjung ke rumah orang yang ada anak kecik rumah bersepah macam tongkang pecah dan kita yang jadi tetamu ni janganlah nak mengutuk dalam hati selerak gila rumah dia ni, pemalas betullah. 

Janganlah macamtu. Kalau nak tahu kenapa budak kecik suka selerakkan rumah sebenarnya itu adalah satu perkembangan tumbesarannya. Bagi mereka bila barang mainan bersepah itu adalah satu kegembiraan bagi mereka seolah-olah mereka berada dalam dunia mereka selain dapat meningkatkan kreativiti mereka. Kinah memang biarkan Thahirah sepahkan mainan dia tu. Lepas dia main dan tidur barulah dikemaskan. Memang sejujurnya kinah rimas tengok sepah-sepah ni tapi nak buat macam mana biarkan saja. Sebab suatu hari nanti kita pasti akan merindui moment ni.


You Might Also Like

2 Pengomen Tegar

  1. Betul tu, tak boleh dimarah sangat nanti terbantut pulak dia punya pemkiran nanti.

    ReplyDelete
  2. Hehehe macam tu lah rumah kami sekarang sejak dua budak kecil ni kat rumah. Pantang simpan, pastu kecoh balik. Last2 mak beli rak untuk diorang, lepas main atur cantik2 kat situ.

    Dan berkesan!

    Personally mai suka budak main mainan daripada jadi hantu gadget.

    ReplyDelete