Meroyan Tu Serius Ke

  • Wednesday, February 08, 2017
  • By Kin Naz
  • 3 Comments

Dah tengah malam, anak dara dah mimpi ke mana. Kita je tak pejam lagi. Nak update entri tak tau nak update apa. Tepu sungguh otak ni ha. Mood novel? Buat masa ni belum lagi. Mood tak sampai lagi. Kita peram dulu ek. Sekarang ni kinah tengah baca novel Alamak Tersuk La Pulak. Baru baca separuh tiba-tiba mood malas datang so KIV dulu jawabnya.

Eh aritu rakyat telah digemparkan dengan kes ibu kelar anaknya di Kelantan. Ada yang kecam dan ada yang simpati. Janganlah kecam dan hentam ibu tu. Dia sakit sebenarnya. Orang dulu-dulu panggil meroyan. Jangan buat main-main meroyan ni. Sekali terkena parah. Sebagai contoh macam sebuah drama yang tengah ditayangkan di TV3 pukul 2.00 petang, Samudera Rindu. Itupun kes meroyan juga tu. 

Meroyan ni biasanya berlaku pada ibu-ibu yang tengah berpantang mahupun yang lepas pantang. Berkemungkinan mereka ni terlalu stress sehingga jadi ke tahap ni. Ibu-ibu yang dalam pantang ni kenalah dijaga emosi mereka, jangan bagi diorang fikir yang bukan-bukan. Pada masa ni peranan suami amat penting. Jaga isteri dan anak tu. Janganlah pada masa isteri tengah berpantang awak pergi berfoya-foya kat luar, minum kopi dekat kedai mamak. Sepatutnya duduk rumah, tengok apa isteri awak tu perlukan. Ni biarkan saja bini awak tu terkontang -kanting sorang-sorang tambah dengan karenah anak-anak lagi. Tolonglah apa yang patut.

Haa kan dah merapu jauh dah. Bukanlah niat nak membebel ke apa. Cuma sebagai luahan hati. Sedih tau tengok gambar baby tu. Syurga buatmu sayang. Dulu jarang kes meroyan ni dilaporkan di Media sekarang ni makin banyak pulak. Semoga dijauhkan pada rakan-rakan semua daripada penyakit tersebut.

You Might Also Like

3 Pengomen Tegar

  1. Betul tu. Kita tak tahu apa yg mereka alami. Mudah-mudahan kita dijauhkan dari perkara sebegini. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Selama ni selalu guna word "meroyan" kalau nak cakap benda mengarut dekat media sosial. Ternyata dah salah guna dah haha. Tumpang simpati dekat mereka and btw saya singgah dan follow blog ni ya. Jemput singgah blog saya kalau berkelapangan :)

    ReplyDelete
  3. betul . meroyan ni selalunya berlaku disebabkan faktor persekitaran . dlm keadaan pantang yg x blh byk bergerak , anak2 buat kerenah , baby lak kerap nangis , suami x membantu , mak mertua mungkin cerewet , mmg stress ...

    ReplyDelete