Wednesday, 22 February 2017

Cermin Mata Baru Nampaknya



Kali ni topik cermin mata. Nampaknya dah tiba masa cermin mata kinah kena tukar. Tukar disebabkan kanta dah retak dan bingkainya dah tak boleh digunakan lagi. Huhu. Mesti korang sangkakan eh ganasnya kinah ni sampai retak kanta tu. Oh sebenarnya bukan angkara kinah ye sebabkan kanta retak tapi disebabkan budak kecik ni. 

Masa kita baring tengok tv mulalah dia nak memanjat badan kita yang jadi mangsanya cermin mata kinah. Rebut punya rebut prakk sikit. Alamak retak pulak. Tapi boleh lagi pakai ni. Bila bingkainya pulak yang patah itu memang tak boleh diampun lagi. Nak tak nak kena pergi buat baru. Ha tunggu la Jumaat ni baru siap katanya. 

Kali ni spec mata ni bukan yang transition. Kanta yang dipilih kodak lens. Jadi pasni takdela silau sangat bila ada pemandu kereta yang suka pasang lampu tinggi huhu.

No comments:

Post a Comment