Tuesday, 3 January 2017

Baby Safety Gate

Bila ada kes baby melecur terkena minyak panas, seriau rasanya. Kita terkena percikan minyak masa goreng ikan pun rasa sakit inikan pulak terkena curahan minyak panas lagila berganda sakitnya. Disebabkan sekarang ni Marzaqah Thahirah dah dapat kaki mulalah dia nak menjelajah ke seluruh pelosok rumah. Tempat favourite dia dapur. Cuba bayangkan kita tengah masak tiba-tiba je dia muncul aish risaunya.

Oleh itu, kami buat keputusan pasang baby safety gate. Asalnya memang nak do it yourself (DIY) tapi bila mengenangkan tempat macam tak sesuai je nak DIY sebab dindingnya konkrit nak mengetuk lagi habis dinding rumah orang huhu. Dah tak boleh buat DIY mencari baby safety gate pula. Bukan semua kedai baby ada jual tau. Kami beli baby safety gate ni di sebuah kedai barangan bayi di Selayang. Dekat dengan Hospital Selayang.


Lebih kurang macamnila rupa baby safety gate. Harga asalnya RM149.00. Tauke kedai bagi kurang jadi RM135.00 je la. Ok la daripada harga dekat Aeon RM179.00 tapi kena beli extention tambahan sebab tak cukup panjang yang kitorang beli ni tak payah nak beli extention dah. Dah memang siap dah tinggal nak pasang je. 

Baby safety gate ni mudah sangat tak payah nak tebuk-tebuk. Cuma pusing-pusing je skru dah siap. Sejak dah berpagar ni tak susah hati lagi sebab adun Thahirah tak melawat kawasan dapur lagi hihi. 


No comments:

Post a Comment