Tidur Tonggeng Kecacingan Ke?


Sejak dua menjak ni Marzaqah Thahirah selalu tido tonggeng. Tido petang ke malam mesti tonggeng. Bila kinah google kebanyakan tido tonggeng ni disebabkan kecacingan. Betul ke? Sejauh mana kebenaran tu? Aritu masa check up setahun nurse ada bagitau hal ni. Menurutnya ubat cacing akan dibekalkan bila next check up maknanya pada umur satu tahun tiga bulan. Oleh kerana Marzaqah Thahirah ni berat die tak banyak sangat naik nurse bagi appointment bila umur setahun dua bulan.

Bila search mengenai kecacingan, antara tanda-tanda si kecik mengalami kecacingan ialah kurang selera makan, kembung perut, keluar cacing pada lubang dubur atau pun ada cacing di tahi. Gejala seperti macam ada panjang-panjang pada najis tu ada pada Marzaqah Thahirah. Nampaknya kena ambil ubat cacing jugakla jawabnya walaupun belum lagi mencecah umur setahun tiga bulan.

Ayah dan ibunya pun kena makan ubat cacing jugakla ni. Last makan ubat cacing tu kalau tak silap masa sekolah rendah dulu. Dah bertahun lamanya. Lepasni setiap 6 bulan kena ambil juga ubat cacing ni untuk kesejahteraan keluarga hihi. 

Berbalik pada tido tonggeng tu kan, nak tanya la la pada ibu-ibu yang berpengalaman lepas dah ok akan tido tonggeng lagi ke? 

Post a Comment

2 Comments

  1. dulu masa kecik2 bila buat macam tu, selalu jugak mak saya kata ada cacing.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula pasal. Ada yang kata itu mitos je. Ntahle

      Delete