Wednesday, 26 October 2016

Ikan Air Tawar Berbau Hanyir. 3 Cara Ini Mungkin Dapat Membantu

Baru-baru ni suami ada bawak ikan sepat dan ikan talapia ada orang sedekah katanya. Ikan air tawar ni terkenal dengan hanyir. Pergh berbau satu rumah. Oleh itu, dengan gigihnya kinah mencari petua nak hilangkan hanyir ikan ni. Hasil pencarian kinah ada tiga cara nak hilangkan hanyir ikan ni. 


Cara pertama dengan asam jawa. Cuci ikan tersebut dengan asam jawa. Kinah dah cuba dah dengan asam jawa ni. Bau masih ada lagi. Ke salah teknik entahle. Apa yang penting kinah dah cuba.

Cara kedua dengan limau nipis. Cara ni sama je kaedah dengan asam jawa tadi. Cara ni kinah tak cuba pun. 

Cara ketiga pula dengan tepung jagung. Haa cara ni kinah dah cuba. Memang hapus la bau hanyir tu. Caranya salutkan tepung jagung pada ikan tadi. Pastikan ikan tadi betul-betul disalut dengan tepung kemudian cuci dan digoreng seperti biasa.

Ha antara ketiga-tiga cara ni, guna tepung jagung lagi berkesan daripada yang pertama dan kedua tadi. Ha bila dah tak berbau hanyir barulah ada selera nak makan. 

Korang ada petua lain untuk nyahkan hanyir ikan air tawar, boleh kongsi di sini. Sharing is caring. Hehe

1 comment:

  1. Kalau saya selalu guna air asam jawa je tapi mungkin berkesan untuk ikan yang hanyir dia tak kuat sangat kot. Rasanya guna air beras pun boleh, tapi tak penah pulak cuba.

    ReplyDelete