Demam Pulak

  • Thursday, October 06, 2016
  • By Kin Naz
  • 3 Comments


Assalamualaikum semua. Semalam Marzaqah Thahirah kena pergi ke klinik ibu dan anak untuk pemeriksaan umur satu tahun. Biasala macam- macam peel dekat klinik tu tak terkecuali dengan si kecik ni. Asyik berdrama air mata je. Jenuh duk pujuk.

Bila umur setahun ni, Thahirah kena cucuk untuk campak bagi dos yang kedua. Dos pertama masa umur 9 bulan aritu. Pada kebiasaanya lepas cucuk takde pulak demam. Kali ni demam pulak dekat rumah opahnya pulak tu. Drama air mata tadi bersambung sampai ke malam. Merengek sahaja hari ni. Biasala dah demam, merengek je la.



Pagi ni dah beransur kurang panasnya. Alhamdulillah. Kinah cuma basahkan tuala dan letakkan atas kepalanya sementara tunggu pagi nanti nak dimandikan dengan air perahan lemon. Dikatakan lemon dapat mengurangkan suhu panas dalam badan. Kinah pernah cuba masa Thahirah demam tumbuh gigi aritu. Memang berkesan.

You Might Also Like

3 Pengomen Tegar

  1. Ada juga yang beri tips dengan lap menggunakan air asam jawa.. Wallahualam. Semoga cepat sihat..

    ReplyDelete