Sunday, 2 October 2016

Chibi Maruko Chan

Assalamualaikum semua. Salam Maal Hijrah kepada semua. Kali ni entri mengenai kartun animasi daripada negara Matahari Terbit iaitu negara Jepun.

Kenal tak budak ni
Ni si Maruko Chan. Pelbagai karenah yang perlu dihadapi oleh ibu bapanya. Mengisahkan kehidupan seharian Maruko dan sahabatnya. Maruko ni boleh dikatakan orang Kedah kata Loqlaq. Ha lebih kurang macam tu la. Ada je idea dia tambah lagi bila dia inginkan sesuatu. Kinah dalam banyak-banyak anime, Maruko ni berjaya menambat hati dengan keletahnya yang tak kering gusi. Selain itu, banyak kisah tauladan dalam Maruko Chan ni dan sesuai ditonton oleh kanak-kanak berbanding dengan cerita Hagemaru tu yang ntah ape-ape. Langsung tak ada mesej.

Berbanding dengan anime ni yang banyak menerapkan kisah kekeluargaan. Ada suka dan duka yang terpaksa mereka tempuh serta kisah yang ditayangkan pun kadang kala ada dalam realiti. 

1 comment: