Bobita Baby Carrier

  • Friday, September 16, 2016
  • By Kin Naz
  • 2 Comments


Assalamualaikum semua. Pernah dengar jenama Bobita. Apa Bobita tu? Bobita tu sebenarnya adalah satu jenama baby carrier di Malaysia ni. Dulu pun kinah tak tahu sangat mengenai baby carrier ni. First kenal jenama ni bila page Bobita lalu di news feed facebook. Pergilah tengok page tu dan secara kebetulan founder tengah buka contest. Apa lagi join je la dah syarat yang sangat simple just like page dan share seberapa banyak yang mungkin. Pulun punya pulun sampai kena block dengan facebook. Tapi tula dah rezeki alhamdulillah dapatla baby carrier jenama bobita. Di datangkan dengan pelbagai warna seperti biru, merah, hitam dan kuning. Selain itu terdapat aksesori seperti panel cover dengan corak yang menarik. Bobita ni bagus tau tak macam jenama yang lain. Sebabnya rekaan yang lebih ergonomik akan memberi keselesaan kepada baby kita. Pada mulanya Marzaqah Thahirah tak mau mungkin tak biasa lagi. Bila dah selalu pakai dia suka stroller pun tak nak dah. Pendek kata memang terbaiklah. Berminat tak? Kalau berminat boleh terjah ke page Bobita Baby Carrier Malaysia founder namanya kak Atiqah Abu Bakar. Apa yang korang tak faham dan nak tahu lebih lanjut bolehla ke page tersebut. 


Ha tengok muka budak tu macam selesa je kan. Kena ingat nak pakai baby carrier ni baby mestilah lebih dari 4 bulan. Bawah 4 bulan tu boleh mencuba baby wrap. Orang mesti akan kata yang gendong anak ni cuma orang indon, orang vietnam. Tapi tula kebaikan yang diorang tak tau bila kita gendong macan ni anak kita lebih selamat terutama bila pergi tempat yang ramai orang. Badan pun tak sakit. Budak makin lama makin berat larat ke nak dukung je. Bobita ni bukan baby je boleh pakai tau toddler pun boleh pakai. Jadi berbaloilah beli ni. Tak pening dah nak beli yang saiz toddler pulak. Rasanya sampai sini je la. Berminat terus je ke page Bobita Baby Carrier Malaysia tu ye.

You Might Also Like

2 Pengomen Tegar

  1. Penah guna ni masa anak2 masih kecik..dari yang sulung hingga ke bongsu pakai. dah jadi passing parcel pulak dah..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. berbaloi beli bila boleh pakai lama kan kak

      Delete