Sunday, 16 February 2014

Realiti Pada Masa Kini



Assalamualaikum semua? Apa khabar, sihat?? Harap sihat hendaknya. Pada musim kemarau yang melanda sekarang ni jangan lupa perbanyakkan minum air kosong. Sekarang ni macam-macam hal yang berlaku di negara kita antaranya kemarau yang sedang melanda sehingga empangan dibeberapa buah negeri berada pada tahap kritikal selain itu dengan berlakunya kebakaran hutan dibeberapa buah negeri. Apa yang berlaku anggap saja ujian daripada Allah SWT dan bila difikirkan balik kebakaran yang berlaku kebanyakkannya adalah kecuaian manusia yang mana begitu gemar membuat pembakaran terbuka, membuang puntung rokok merata-rata tempat. Sedar atau tak sedar perbuatan anda itu akan mengundang bahaya bukan sahaja pada diri anda malah pada masyarakat sekitar. Nak kata tiada kempen, dah bermacam-macam kempen dah dijalankan oleh pihak berkuasa namun masih ada lagi yang tak amik kisah akan hal ni dan masih teruskan juga dengan aktiviti mereka tu. Jadi kempen yang dibuat tu umpama mencurah air ke daun keladi. Petang semalam masa nak siram bunga kinah nampak kepulan asap hitam di belakang kawasan taman kinah ni, itu tak lain tak bukan pembakaran terbuka la tu, wahai tuan puan sekalian ingatlah kita ni cuma pinjam dunia ni daripada anak cucu cicit kita, jadi bermula dari sekarang lah kita perlu pelihara bukan bila dah rosak, dah musnah baru nak pelihara. Sama-samalah kita renungkan. 

6 comments:

  1. dah lama tak nmpk kinah...kesian bumi kita.kat cne sabah banjir melanda.apa pun semuananya rezki kekuasaan Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada je, cuma kurang idea nak update. betul tu asha lya apa yang jadi semua Allah saja yang tau

      Delete
  2. kalau bukan kita yg jaga 'rumah' kita ni sape lagi kan?

    ReplyDelete
  3. Kita semua perlu bertanggungjawab menjaga dunia ini supaya generasi masa depan dapat menikmati kehidupan seterusnya...

    ReplyDelete
  4. betul tu..
    orang sekarang ni ambil mudah sangat dgn apa2 yang jadi kat bumi ni..
    dari sekolah rendah lagi dah d ajar pasal alam sekitar tp tak apply pun dlm kehidupan..

    ReplyDelete
  5. Musim kering.. haish.. ditambah semua ini lagi....

    ReplyDelete