Saturday, 7 December 2013

Kenangan Masa Lalu


Assalamualaikum, sapa pernah main patung kertas ni dulu? Kinah dulu banyak jugak koleksi, masa tu tengah gila main patung ni, tambah pulak adik kinah yang nombor dua pun tengah kemaruk dengan mainan ni sampaikan dia ada box sendiri untuk mainan dia ni hehehhe. Tapi budak sekarang ni main lagi ke mainan ni ye? Kalau ada pun dua tiga kerat je kot, mana taknya sekarang ni ada lagi mainan lebih canggih daripada ni macam PSP, PS2, PS4, hmm makin rosakla mata budak-budak ni.

Dua kotak ni memang famous dulu, kinah suka biskut coklatnya, sedap. Dulu suka sangat beli dua kotak ni, mintak mak, arwah opah belikan.

Haaa power rangers, ini salah satu rancangan kegemaran kinah dengan adik-adik. Disebabkan kami empat beradik, kami siap cop nak warna power rangers ape. Kinah dapat wana pink, ala2 girl gitu hehehehe. Power Rangers kan banyak series, antaranya mighty morphans, galaxy, space, light speed rescue macam-macam lagila.

Yeay teletubbies, comei sangat mereka-mereka ni. Ni pun kinah dengan adik-adik berebut nak wana ape, last-last dapat wana ungu. Antara dialog yang masih kinah ingat lagi sampai sekarang,"time to teletubbies bye bye". Comei kan ^_^

Keluang Man and Tiong Man, memang layan. Kinah suka dengar Inspektor Shahab cakap hehhehhe


Kampung boy, Mat dan adiknya Ana serta Bo, cerita berlatarbelakangkan kampung. Best, orang pekan yang tak pernah rasa duduk kampung try tengok kartun ni memang layan. Sampai sekarang cerita ni masih ada tayangkan kat Astro :) 

6 comments:

  1. teringat pula huuuu
    semua ni memang ada masa zaman ika kecik2 :)

    ReplyDelete
  2. hahaha kenangan gila !! sy pun suka sangat main yg patung baju tu, ahhh ad lagi ke eh? n lagi satu, jutariaa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ada lagi, x pasti lak. jutaria tu memang best hahah siap tulis brapa harta masing2 nak sambung esok hari hihi

      Delete
  3. patung kertas tu, lepas main terus buang haha

    ReplyDelete