Friday, 20 December 2013

Frozen Memang Best

Assalamualaikum semua, semalam kinah hang out dengan kakak sepupu ke AEON Station 18, saja kitorang jalan-jalan cuci mata kat situ. Selepas sampai kat sana kitorang lunch dulu di KFC. Bercerita, bersembang sakan kitorang jalan-jalan lagi hingga sampai ke panggung wayang. Rambang mata nak tengok movie mana, antara movie yang ditayangkan pada hari tu Frozen, The Hobbit dan Walking With Dinosour. Akhirnya kami decide nak tonton Frozen, masuk panggung wah penuhla, biasala dah cerita berunsurkan kartun tambah pulak tengah masih mood cuti sekolah memang ramai ibu bapa ambil peluang bawak anak-anak mereka. Cerita ni begitu sesuai ditonton oleh segenap lapisan masyarakat dengan tema kasih sayang antara adik-beradik  memang sesuai sangatla budak-budak nak tonton filem ni. Antara watak yang kinah rasa begitu menarik sekali ialah Sven seekor rusa dan Olaf orang salji yang dicipta oleh Puteri Elsa. Puteri Elsa telah disumpah, jadi puteri tersebut mempunyai kuasa untuk mengeluarkan salji. Puteri Elsa mempunyai seorang adik yang bernama Puteri Anna. Mereka tinggal berdua setelah kematian ibu bapa mereka. Apabila tiba hari pertabalan Puteri Elsa, berlaku satu kejadian apabila Puteri Anna meminta restu untuk berkahwin dengan Putera Hans yang baru dikenalinya, Puteri Elsa marah dan entah bagaimana Puteri Elsa tidak dapat mengawal kuasanya dan berlaku salji di Andeline dan Puteri Elsa melarikan diri keGunung Utara. Puteri Anna yang rasa bersalah menjejak kekandanya di Gunung Utara dengan pertolongan Kristoff dan Sven. Nak tau bagaimana kisah pengembaraan Puteri Anna dan Kristoff bolehla pergi menonton.

14 comments:

  1. memang nampak cerita yang menarik..tapi akak belum ada masa nak menonton..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik pun kak, bila akak da masa nanti bolehla bawak anak-anak kak menonton :)

      Delete
  2. Tgk gak cite ni....mmg x bosan pon...gelagat olaf...elsa n anna mse kecik...mmg mencuit hati...lagu2 pon besh kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la suka dengan si olaf dengan sven tu. lagu die super best :)

      Delete
  3. belom tgk lagi ceta ni . Ramai orang cakap best ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best kak, baik akak g tengok ^_^

      Delete
  4. eh berubah lagi rumah kinah ni..tgk iklan je..tak dan g wayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saje tukor angin kak, huhu akak tengokla nanti :)

      Delete
  5. tengah tunggu yg download punya.. nak pegi panggung tak mampu.. kehkehkeh..

    ReplyDelete
  6. teringinnya lahaiii nak tengok....

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti pergila yengok ika, rugi tau

      Delete
  7. Tunggu keluar dvd je la..kami mmg tak pernah tgk wayang..hihi first n last tgk upin ipin je

    ReplyDelete