Peraduan Reader's Digest Betul atau Tipu

Assalamualaikum semua...

Tengahari tadi kinah terima sepucuk surat daripada Reader's Digest tau. Sape pernah dengar Reader's Digest???? Actually kinah sebenarnya tengah blurrr la macamne kinah boleh dapat invitation letter ni. Menurut surat berkenaan, kinah dijemput untuk memenangi wang tunai dari RM 500 sehinggalah ke RM625 000 dengan hanya mengikuti langkah yang diberikan nanti. Mereka minta kinah cek email dalam masa beberapa hari ni dan mengikuti langkah-langkah yang diberikan, dan dalam masa beberapa hari envelope berwarna kuning akan sampai di rumah. Hmmm betul ke tawaran ni?? Siapa pernah dapat tawaran ni cuba kasi komen sikit, dalam surat tu siap disertakan dengan brosure dengan gambar pemenang sekali. Boleh percaya ke ni? Bila kinah tanya uncle Google rata-ratanya kata ini adalah satu taktik penipuan macam gores dan menang. Mula-mula diorang buat tawaran sehingga kita rasa tertarik nak sertai last-last ada seorang pengomen tu kata satu hari dia perlu bayar bill untuk buku-buku yang mereka hantar. Aisshhhh ini la manusia zaman sekarang, suka sangat ambil kesempatan pada orang lain, yang menjadi tanda tanya mane depa tau alamat rumah kinah yer hmmmmm. Adakah maklumat peribadi kita ni telah tersebar. Ce komen sikit 

Ini webpage 


You Might Also Like

4 Pengomen Tegar

  1. Hubby saya pernah da kena tu kinah. Jangan percaya sangat. Kami da prh kena da.dia suruh melanggan buku reader digest tu pas tu tiba2 ada hantar buku tebal2 pulak, hantar2 tiba2 minta bayar.konon2 urgent la apa lah.last2 kami suruh batalkan semua.setahun juga tu kami ikut telunjuk dia.buat merugikan org saja.

    ReplyDelete
  2. hmmm agak dah, memang kinah tak amik pusing sangat akan hal ni. tapi macamne diorang dapat alamat kinah, musykil gak

    ReplyDelete
  3. macam2 je cara orang nak menipu sekarang ni kan? kita pun kena lebih berhati-hati.. :D

    ReplyDelete
  4. Kalau kami hari itu dia dapat dari kad kredit bank islam hubby.dah lama sangat tu masa tahun 2008 dulu.

    ReplyDelete