Kes Dera Terhadap Kanak-kanak Semakin Menjadi-jadi

Assalamualaikum semua, hmm buka Mingguan Malaysia terpampang cerita mengenai seorang kanak-kanak didera. Asyik mendera sahaja musim ni, bila satu kes dibongkarkan keluar lagi kes dera macam bermusim pulak. Kesian dengan kanak-kanak yang tak tahu apa didera ada yang membawa maut. Apa nak jadi sekarang ni. Kebanyakan kes dera ni berlaku disebabkan pengasuh dan ada juga di pusat jagaan kanak-kanak. Ibu-ibu sekarang ni  ramai yang bekerja bagi menampung kos sara hidup yang semakin tinggi, oleh kerana tiada siapa nak jaga, mereka terpaksa tempatkan anak mereka di rumah pengasuh dan pusat jagaan tapi apa yang jadi? Bukan sahaja kes dera yang berlaku bayi yang tersedak susu pun turut berlaku. Aduhla risaunya, iye memang kinah belum berkeluarga lagi, tapi bila memikirkan hal-hal sebegini takut juga bila terkena batang hidung sendiri. Lagipun anak tu amanah daripada Allah SWT, apa-apa jadi menagis tak berlagu la. Itu hal pengasuh atau pusat jagaan, ada juga ibu yang tak tahula nak dikategorikan sebagai apa turut mendera anak mereka, Subhanallah, apa nak jadi, apa salah anak tu, sungguhpun kesempitan hidup janganlah anak yang tak berdosa tu menjadi mangsa. Macam baru-baru ni, seorang ibu didakwa atas tuduhan mendera anak sehingga anak itu tidak dapat diselamatkan lagi. Hmm entahla tak tahu nak cakap apa sekarang ni. Macam-macam kes.

Sumber Mr Google

Sumber Utusan.com

Post a Comment

7 Comments

  1. Biasa kalau 1 kes berlaku mmg akan ada yg seterusnya.mcm da jd trend je..kalau x silap pic ni akak pernah tgk di u tube..india kan..memang giler2 dia pukul.takut tgk,kesian bdk tu..kena kena pijak2,,di campak..
    Kalau da ada anak 2-3 org..elok jaga anak sdri je..membesar dpn mata.insha allah ada rezeki utk anak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmm kinah pun pernah tengok dulu kak, kejam sungguh. pasni pakat semua ibu2 berhenti kerja jaga anak. orang sekarang ni tak boleh diharap

      Delete
  2. mereka ni tak layan jadi manusia..budak kecik pun nak dera..hilang akal apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula itah, diorang ni tak layak duduk dengan masyarakat, duduk dalam hutan je. hmm binatang pun sayangkan anaknya

      Delete
  3. eii.. takutnye.. tanak la bende2 camni jadi kat negara kite lagi.. tak baik untuk perkembangan budak2 nak meningkat dewasa.. boleh trauma seumur hidup camneh.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm kita tak boleh nak harap pihak berkuasa je yang amik tindakan dalam hal ni, orang lain pun kena pantau juga,

      Delete
  4. yaAllah kesiannya..
    kenapa laa didera budak2? tak faham laa kadang2 dengan sesetengah orang yang suka mendera ni...kalau ada masalah sekalipun jangan lepaskan kat budak kecik...

    ReplyDelete