Kad Topup Celcom Hilang!!!!!!

Assalamualaikum...

Hilang? Hmmmm Ya Allah merata-rata Kinah cari kad top up tapi bayang langsung tak nampak. Nak menangis pun ada. Peristiwa ni berlaku malam tadi. Biasanya kinah letak dalam purse tapi ntah macam mane kinah gatai letak dekat poket case fon ni. Bila sedar kad takde kat situ, ahh sudah mane benda ni, dah la halus. Merata kinah cari kat katil, kat karpet ruang tamu habis semua orang kinah suruh bangun kot-kot la ada kat tempat diorang duduk. Lepas penat mencari encik tunang mesej, call abang jap, mentang-mentang la kita ni dapat free call seminggu memang guna kawkwaw punyala peluang tu, jimat belanja kata encik tunang. Berbalik pada kes kad hilang tu masa call encik tunang tu tak ingat apa dah pasai kad tu hilang, sebabnya pas tamat je panggilan kinah pun dah ngantok sesangat nak mencari pun dah malam sangat. Misi pencarian bersambung pada pagi tadi. Habis cadar kinah angkat, karpet sambil tu menyapu la apa yang patut, sambil duk ralit bongkok menyapu kinah terperasan satu kad yang terselit di celah-celah novel yang Kinah baca sekarang. La kat dalam tu rupanya susah payahla kita cari sana cari sini sebab kinah ingat last semalam kinah selit kad pada pocket fon case, hmm sabor je la. Moral of the story, jika kita terlupa atau hilangkan sesuatu benda, janganla panik, cari slow-slow In Sha Allah akan jumpa jugak barang yang kita cari tu. Cuma lambat atau cepat je.



You Might Also Like

5 Pengomen Tegar

  1. dah jumpa ke..? baru ingat nak g cari utk topup henpon sally..hahaha...

    alhamdulillah dah jumpe :D

    ReplyDelete
  2. hehe benda halus memsng susah nak di cari bile tercicir..alhamdullilah juga jumpa kan

    ReplyDelete
  3. betul kinah, kena cari slow2, jangan panik. Selalu juga jadi kat ika, kadang-kadang benda yang dicari tu ika pegang sendiri, atau memang dalam tangan ika, tapi boleh pulak tak perasan and kelam kabut mencari. HAHA

    ReplyDelete
  4. sabo jelah..tp kalau dah rezeki, akan jumpa juga :)

    ReplyDelete
  5. yup.. betul tu.. kadang2 cari sambil panik, tu yang tak jumpa tu..
    dia kena cari dalam keadaan tenang2.. :)

    ReplyDelete