Saturday, 26 October 2013

Bajet 2014 Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji

Assalamualaikum semua...

Sana sini orang sibuk memperkatakan mengenai Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri kita petang semalam. Kinah pun tak terkecuali menonton bajet tersebut petang semalam sungguhpun ada jugak terlelap hihi. Ok kita lupakan semua tu. Apa pandangan anda semua mengenai pembentangan bajet semalam? Adakah menepati apa yang telah anda jangkakan ataupun sebaliknya. Bagi Kinah, bajet yang telah dibentangkan semalam memperlihatkan anjakan ke satu era baharu pentadbiran kerajaan apabila beliau telah memansuhkan subsidi gula sebanyak RM0.34 berkuatkuasa pada hari ini. Di samping itu, beliau juga turut memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan memansuhkan pula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang memang dinanti-nantikan oleh semua pihak pada Bajet 2014 kerana pembaharuan itu dilihat mampu memperkemaskan sistem percukaian yang sedia ada bagi mengelakkan cukai berganda ke atas pengguna. 

Antara intipati Bajet 2014 yang telah dibentangkan semalam ialah
  • Bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.4 juta penjawat awam dan akan dibayar pada awal bulan Januari 2014.
  • Golongan pesara akan menerima bantuan khas kewangan sebanyak RM250.
  • Pelepasan cukai khas RM2000 untuk pembayar cukai yang pendapatan bulanan sehingga RM8000.
  • Subsidi gula RM0.34 sen dimansuhkan berkuatkuasa hari ini. (Confirm air minuman naik lepas ni)
  • Bantuan persekolahan RM100 diteruskan untuk pelajar sekolah menengah dan rendah.
  • Baucar buku 1Malaysia sebanyak RM250 kepada pelajar pra-universiti dan institut pengajian tinggi. (Tak merasa dah BB1M huhu)
  • BR1M kepada isi rumah pendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah ditingkatkan kepada RM650 daripada RM500.
  • BR1M bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2000 sebulan dinaikkan kepada RM 300 daripada RM250 (ada can ni, tunang kata kena grab this opportunity before getting married hahah)
  • Peruntukan RM1 bilion untuk Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) bagi menyediakan 80,000 unit rumah pada harga 20 % lebih murah berbanding dengan harga pasaran. 

No comments:

Post a Comment