Cubaan Seludup Abu Chin Peng

Assalamualaikum...

Terdapat desas-desus mengatakan bahawa abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu Chin Peng dirancang diseludup masuk ke negara ini untuk disemadikan di Sitiawan, Perak. Terdapat sumber mengatakan bahawa ada pihak tertentu didakwa tetap berkeras untuk membawa pulang abu mayat bekas pemimpin partti komunis itu ke Malaysia bagi memenuhi wasiat Chin Peng yang mahu disemadikan bersebelahan dengan kubur ibu bapanya. Oleh itu, pihak keselamatan menjangkakan selepas upacara membakar mayat selesai dilakukan pada pukul 5.30 petang di Wat That Thong, Bangkok Thailand Isnin ini akan ada pihak yang akan cuba mencari jalan untuk menyeludup masuk abu mayat Chin Peng ke negara ini. Pihak-pihak yang terlibat tidak akan berputus asa dan mereka akan tetap membawa masuk abu mayat Chin Peng ke negara ini meskipun dihalang oleh kerajaan Malaysia.  Hal ini mengundang kemarahan banyak pihak pihak terutama bekas perajurit kita yang bertungkus lumus mempertahankan negara daripada kekejaman yang pernah dilakukan oleh bekas pemimpin parti itu.

sumber daripada google



Post a Comment

5 Comments

  1. pengkhianat ni..! huh,, abu pun nak seludup ke.. tak dapat apa...

    ReplyDelete
  2. Dengar cerita MCA dah bersuara dengan menuduh kerajaan kita mengamalkan double standart sebab 2 mayat PKM melayu dibenarkan dibawa masuk sebelum ini, kenapa ching peng tak boleh?

    ReplyDelete
  3. macam-macam. da bnyk kekejaman yg dia buat

    ReplyDelete