Thursday, 30 March 2017

🌸 Jom kasi sampai licin! Enjoy 70% off di Tudung2U😱 😍

Siapa tengah cari tudung raya?? Ni nak bagitau ni Tudung2U tengah buat lelong dari harga RM3.00 tau cepat sebelum habis. Habis stok tak dapat dah harga ni di SINI







Kerana Ayam Goreng Mcdonalds

Terpengaruh dengan iklan akhirnya malam tadi dapat juga merasa ayam goreng Mcdonalds. Kitorang cuma drive thru je malas nak beratur ramai-ramai dalam restoran tu. Menggelikan hati kitorang, bukan kitorang je yang terpengaruh dengan iklan rupanya ramai lagi. Drive thru tu ada je kereta berbaris sampaikan orang yang ambil order pun dah hilang mesra. Haha hebat tak hebat penangan ayam goreng ni.


Kita boleh pilih nak berapa ketul ada yang tiga ketul, lima ketul dan sembilan ketul. Harganya pun boleh tahan juga la. Kitorang ambil lima ketul itu pun dah RM29.++ lupa la pula tapi lebih kurang macam tu la. Korang jangan ingat order ayam Mcd ni macam order KFC pula. Kalau KFC  tu dengan harga tu kita dapat coleslaw dan kentang putar siap dapat ayor lagi orang perak kata. Tapi Mcd tak. Ayam je semata-mata. Kiranya ala carte. Jika ditanya sedap ke ayam goreng Mcd tu? Memang sedap. Pedas die wowwwwww haha. Asalnya kitorang mintak original je entah macam mana dapat pulak yang spicy. Biarlah diorang pun sibuk sangat. Thahirah mula-mula tak nak last sekali dia pun join makan sama. Seriusly kalau korang pergi mesti beratur orang mintak ayam goreng ni. 


Wednesday, 29 March 2017

Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com



Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 29 Mac 2017, iaitu tepat jam 2.00 petang sehingga hari esok, 2.00 petang 30 Mac 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2017.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Lazada Malaysia Big Baby Fair

Sebut je Lazada semua orang tahu. Baru-baru ni Lazada mengadakan Lazada Birthday Sale sempena anniversarry ke lima. Harganya semuanya tak masuk akal banyak pilihan pulak tu. Murah hati Lazada buat contest lagi untuk blogger. Kinah pun nak mencuba nasib lagi la. Lazada Birthday Blogger Contest aritu mungkin bukan rezeki kinah mana la tau mungkin rezeki anak kinah pulak.

Jomlah ramai-ramai join Lazada's Big Baby Fair pula. Contest ni berlangsung dari 27 Mac 2017 sehingga 2 April 2017 ni dimana ibu-ibu akan mendapat diskaun istimewa sebanyak 85%. Hadiahnya pula 6 blogger bertuah akan menerima baucer sebanyak RM500.00 setiap orang. Eh banyak tu.





Oklah nak join contest ni kena jawab soalan tau. Ala macam kita jawab masa contest Lazada Birthday aritu tapi kali ni berkisar pasai bayi. 

Jenama Diapers menjadi kegemaran




Sejak Marzaqah Thahirah lahir lagi berbagai jenama kami guna untuk dia. Daripada Whopee, Pet Pet, Drypers semua. Dalam banyak-banyak jenama tu Drypers adalah terbaik. Masa tu kami guna Drypers Wee Wee Dry. Tapi sejak Drypers buat perubahan macam dah tak sesuai dengan dia. Bontot pun naik rashes. So nak tak nak kami terpaksa cari lain. Sejak adik ipar perkenalkan Tesco Loves Baby masalah kami dah selesai. Murah pun murah. Apa yang penting dah tak bocor dan pelekatnya pula memang terbaik. Tak mudah tercabut sesuailah dengan Marzaqah Thahirah yang semakin aktif tu.

Susu Formula menjadi Pilihan




Susu formula menjadi pilihan ialah Dutch Lady. Selain daripada murah Thahirah pun serasi dengan susu ni. Tambah pula ada tiga jenis flavour Biasa, Madu dan Coklat. Kalau guna susu mahal sekalipun kalau dah sembelit dan tak sesuai tak guna juga. Jadi susu Dutch Lady menjadi pilihan untuk Thahirah. Diingatkan hanya susu ibu sahaja yang terbaik tau.

Produk daripada Lazada yang diingini

Bila soalan salah satu produk daripada Lazada yang kita nak mulalah sesi penjelajahan. Nak pilih ape ye.  Sebenarnya bila bukak je web Lazada mulalah rambang mata. Dahlah banyak pilihan dan jenama-jenama terkenal pada masa ni la kita nak buat survey mana satu yang menjadi pilihan hati. Lepas puas belek site Lazada ni produk yang kinah pilih ialah jeng jeng jeng

V
V
V
V
V
V
V
V
V

   Tommie Tippie Closer To Nature Electric Breast Pump and Bottle Bundle Set. 

Ha senang satu set terus. Tak payah beli asing-asing. Harganya ok not bad nak dibandingkan dengan jenama lain. Mesti korang fikir kinah ni pregnant lagi ke? Eh takla ni untuk future baby. Kan dalam syarat ada dinyatakan or future baby. So kiranya nilah wishlist kinah daripada Lazada. Nanti ada new baby kan senang dah ada ni semua tinggal nak guna je. 

Eh tunggu apa lagi jomlah join tarikh tutup bukannya lama lagi. Siapa nak join baca syarat kat bawah ni dulu tau

1. The contest runs from 27 March until 2 April 2017 (11.59pm). 

2. Each contestant (blogger) has to write a post and answer these questions on his/her blog post: 

a. What favourite brand of diapers for your baby (or future baby)? 
b. What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)? 
c. Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children (or future children). 

3. The Article must contain screenshots for the product mentioned in point 2c. 

4. Blog posts must be titled "Lazada Malaysia Big Baby Fair". 

5. Blogger need to mention Lazada's Big Baby Fair (http://www.lazada.com.my/big-baby-fair/) that will take place from March 27 to 2 April (where you can find special discounts up to 85%!). 

6. Contestants are required to submit the link to their post via e-mail to contest@lazada.com.my with the subject titled: Lazada Big Baby Fair Blogger Contest 

7. Contestants are welcomed to post the article in any language. 

8. You do not have to be a mommy blogger to join. Any blogger is allowed to participate in this contest. 

9. Winners will be selected at random.


Wish me luck guys. ☺


Bulan Rejab Dah Sampai


Pejam celik dah bulan Rejab. Lagi 59 hari lagi bulan Ramadhan. Cepat je masa berlalu. Semoga kita semua sempat menempuhi bulan Ramadhan nanti hendaknya. Jomlah kita puasa Rejab. Mana yang belum ganti puasa tu lekas le ganti. Puasa tak lama dah

Wan Peah Episod Akhir Malam Ni

Malam ni malam terakhir Misteri Wan Peah weh. Lepasni takde dah Wan Peah. Aishh sejak tak sihat ni selalu benor tido awal. Tak sempat nak tengok abis. Kan dah kata mesti ada rahsia kenapa Wan Peah jadi gitu. 

Kesian Wan Peah disebabkan cemburu Mak Timah tu terpaksa dia keluar rumah senyap-senyap.

Tok Hashim pulak asyik berbungkus je. 

Apakah kesudahan Misteri Wan Peah kita saksikan pada malam ni. Harap mata ni bertahanlah.

© Love Is Simple
Maira Gall