Saturday, 18 March 2017

Kinokuniya~ Sad Girls by Lang Leav


Kepada ulat buku tegar diluar sana ada buku yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Sekarang ni pihak Kinokuniya tengah buat pre-order untuk buku tersebut. 

Ringkasan Sad Girls  by Lang Leav

Sad Girls is the much anticipated debut novel from international best-selling author Lang Leav. A beautifully written and emotionally charged coming of age story, where young love, dark secrets, and tragedy collide.
School is almost out for Audrey, but the panic attacks are just beginning. Because Audrey told a lie and now her classmate, Ana, is dead. Just as her world begins to spin out of control, Audrey meets the enigmatic Rad – the boy who could turn it all around. But will their ill-timed romance drive her closer to the edge?

Pembelian boleh juga dibuat melalui online. Untuk maklumat lebih lanjut boleh melayari Kinokuniya Malaysia

CPUV~Pharmaton-KOL Engagement

Walaupun jarang update entri alhamdulillah ada juga iklan baru muncul dari nuffnang. Terima kasih nuffnang. 


Iklan kali ni daripada Pharmaton. Maafla lambat update sebab tak perlulah kot nak dikobarkan.  Moga iklan pharmaton dan iklan lain yang tengah on going tu berjoget lama sikit.

Thursday, 16 March 2017

Mesin Basuh Butang Kari

Panasonic baru sahaja melancarkan mesin basuh dengan button KARI. Jangan cari kat Malaysia ni sebab mesin ni tak ada lagi kat Malaysia. Mesin ni direka khusus untuk orang di New Delhi sebab diorang suka makan kari. Nampaknya Malaysia pun kena ada juga mesin ni sebab orang Malaysia suka juga makan kari dekat kedai mamak.


Monday, 13 March 2017

Sambal Tumis Telur Rebus In The House

Dah lama kinah tak share resepikan. Hari ni terlebih rajin nak share di blog ni. Disebabkan telur banyak kat rumah hari ni, kinah masak sambal tumis telur rebus. Simple-simple je.

Nah kinah belanja gambar dulu.


Bahannya simple aje. 


Bahan bahan:
5 biji telur rebus - dikupas dan digoreng
8 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Asam keping
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:
Bawang dan cili dikisar sehingga lumat. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sehingga cili betul-betul masak.

Kemudian masukkan gula terlebih dahulu dan kacau rata. Selepas itu, barulah masukkan sedikit air, garam secukup rasa dan asam keping.

Sesuaikan rasa dan kepekatan. Kemudian bolehlah masukkan telur dan dikacau sehingga telur dan sambal itu tadi sebati. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Suka Sangat Cari Salah Orang Lain


Biarlah gambar je berbicara. Bila dah sibuk cari salah orang tapi diri sendiri pun tak betul. Janganlah selesa sangat wei. Ingat kau orang lama kau tu betul sangat la. Dunia ni umpama roda kadang-kadang kita di atas kadang-kadang di bawah. Sekarang ni kau selesa sebab ada kat atas tunggu masa je nak duduk bawah. Jangan gah sangat nak ugut itu ini macam negara takda undang-undang.

Nak Kumpul Fridge Megnetla

Haish tetiba pulak teringin nak kumpul fridge magnet macam ni. Setakat ni yang kinah ada satu je. Hahaha itupun beli masa dekat Melaka. 

Sumber: Google

Tengok gambar tu banyak betul fridge magnet dia. Kinah pun nak kumpul banyak-banyak fridge magent baru nampak ceria peti besi kinah tu. 

Oh ye sekarang ni kak Mia Liana ada buat giveaway fridge magnet dari Padang Besar tau. Jom siapa yang nak mengumpul fridge magnet tu moh le kita join. Mana tau ada rezeki kat situ. Siapa nak join klik SINI

Mat Dan Kaki Jalan Dah Kahwin

Siapa yang tak kenal lelaki Mat Salleh yang boleh bercakap Melayu, Mat Dan atau Muhamed Karef Daniel Abdullah yang kini menjadi pengacara bagi program Mat Dan Kaki Jalan telah selamat melangsungkan perkahwinannya dengan gadis pilihan yang berasal dari Terengganu.

Majlis yang diadakan kira-kira pada pukul 5.30 petang di Bukit Chendering hanya disaksikan oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat tanpa sebarang liputan daripada pihak media. Tahniah kepada Mat Dan dan isterinya.

Lazada Birthday Blogger Contest


Klik banner ni kalau nak join


Wanita dengan shopping memang tak dapat dipisahkan. Bagi mereka shopping ni adalah satu terapi bagi mereka. Siapa setuju dengan pendapat ni? Sekarang ni dah semakin mudah dan maju seiring dengan perkembangan teknologi.  Semuanya di hujung jari je. Tunjuk je dan bayar kemudian tunggu barang sampai kat rumah. Tak macam dulu terpaksa beratur panjang di kaunter, bersesak di jalan raya dan paling penting tak payah dah nak bayar tiket parking. Apabila wujudnya perniagaan atas talian seperti ni sedikit sebanyak memberi kemudahan kepada semua tak kira jantina, bangsa dan agama.

Panjang sungguh mukadimah kali ni. Ok lah entri kali ni kinah nak join contest yang sedang berlangsung khusus untuk para blogger di luar sana iaitu 'Lazada Birthday Blogger Contest'. Contest ni dijalankan sempena anniversarry Lazada yang ke-5. Happy Birthday Lazada. Moh le join ramai-ramai manalah tau mungkin rezeki untuk menang. Tak salah mencuba. Kalau nak menang kena jawab soalan dulu.

APA YANG ANDA SUKA TENTANG LAZADA MALAYSIA

Kenapa kinah suka dengan Lazada Malaysia salah satu sebabnya ialah sangat mudah untuk suri rumah macam kinah. Tambah pula ada anak kecik yang semakin meningkat besar. Biasalah budak-budak kalau bawak pergi shopping mall mana boleh lama-lama nanti mulalah meragam. Jadi dengan adanya Lazada Malaysia kerja kinah semakin mudah. Boleh belek lama-lama sikit dan buat perbandingan. Tambahan pula Lazada ada banyak pilihan dan jenama pun yang biasa kita guna. Haa kan mudah tu.

Satu lagi yang best tentang Lazada ni Lazada selalu menawarkan harga yang kadang kala tak masuk akal maknanya lebih murah berbanding di pasaran luar. Jika ada yang subcribe email dengan Lazada, kita akan selalu terima update daripada Lazada.

Cara pembayaran pun mudah. Ada barangan yang boleh dibayar secara cash on delivery atau COD dan ada juga yang bayar melalui bank transfer atau pun kad kredit. Jika barang yang diterima tidak berada dalam keadaan baik kita boleh lapor pada Lazada dan Lazada akan menggantikannya dengan yang baru.


TIGA BARANG PILIHAN DARIPADA LAZADA MALAYSIA



Khind Oven Toaster OT52R ni yang kinah idamkan. Tambahan pula kat rumah ni belum ada lagi oven kiranya ni wishlist kinah untuk tahun ni. Tengok tu siap boleh panggang ayam lagi. Kiranya semua boleh. Sebenarnya banyak lagi pilihan dalam Lazada tapi hati dah berkenan dengan Khind Oven Toaster ni. Tengok harga asal RM358.00 dan harga yang ditawarkan Lazada pula sebanyak RM279.00. Ok la tu harganya not bad. Review daripada pengguna pun semuanya yang baik je. Kiranya trusted brand juga la.

Buat mereka yang tengah mencari perabot rumah boleh survey di Lazada je. Tak payah nak bazirkan minyak kereta nak survey satu kedai ke satu kedai. Ha cuba tengok pilihan kinah nombor dua ni. Cabinet TV (Maple + white). Ada potongan harga tu dari RM289.00 ke RM189.00. Wowwww memang best la Lazada.


Pilihan ketiga ialah daripada Adata - Lazada Malaysia iaitu power bank. Sekarang ni power bank dah menjadi perkara penting dan perlu ada dalam beg di saat kecemasan. Adata - Lazada Malaysia sekarang tengah ada promosi.

BAGAIMANA LAZADA BOLEH MAJU

Selama 5 tahun Lazada bertapak di bumi Malaysia ni telah membuktikan bahawa Lazada Malaysia semakin kukuh walaupun terpaksa bersaing dengan syarikat lain. Syabas kepada Team Lazada yang sentiasa komited dan sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Teruskan pencapaian terbaik ini di samping sentiasa membuat penambahbaikan sistem sedia ada kepada mesra pengguna seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

UCAPAN BUAT LAZADA MALAYSIA SEMPENA ULANGTAHUN KE 5

Semoga Lazada terus success membina empayarnya di Malaysia. Siapa yang tak kenal dengan Lazada, perniagaan dalam talian terkenal di abad ini. Tahun depan bolehlah buat contest macam ni lagi hihi.




© Love Is Simple
Maira Gall