Wednesday, 1 March 2017

Ary Malik Meninggal Dunia


Innalillahiwaanarojiun. Pergi seorang lagi insan seni bertemu dengan pencipta-Nya. Ary Malik atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryaniee Abdul Malik menghembuskan nafas terakhir pada 7.17 petang di sisi keluarganya akibat derita kanser ovari. Salam takziah kepada ahli keluarganya.

Apa Khabar Mac


Hello Mac. Hari ni dah bulan Mac. Cepat betul rasanya masa bergerak. Rasa macam semalam je sambut tahun baru huhu. Semoga bulan Mac ni kita dapat memantapkan lagi prestasi, inovasi dan kreativiti kita. Selain tu mempertingkatkan lagi amalan kita. Barang yang lepas jangan dikenang.

Tinggalkan Link Tamat

Masih ingat lagi kinah mintak tinggalkan link. Tujuannya kinah nak pilih bloglist baru sebab yang lama kinah tengok ada yang tak aktif cuma segelintir yang aktif. Tempoh tinggalkan link berakhir semalam. 19 orang sahaja yang tinggalkan link. Rasanya nak masukkan semua je. Sebab semua link yang ditinggalkan semuanya best-best. 

Oklah menggunakan kuasa veto yang kinah ada, dengan ini kinah isytiharkan 19 orang ni kinah masukkan dalam bloglist.  

CPUV ~ Mamee Monster Bizkid

Saje je nak cek akaun nuffnang walhal dah tekan cash out kot-kot ada yang sangkut. Rupa-rupanya memang ada yang sangkut. Alhamdulillah masih ada lagi iklan cpuv. Agak lama juga tak dapat cpuv lepas tukar template aritu. Moga lama sikit bergerak dalam ni la ye. Iklan kali ni Mamee Monster Bizkid. Jadilah rezeki hujung bulan.


Haa tengok tu dah tinggal RM0.00 sen haha. Biasalah dah hujung bulan.

Tuesday, 28 February 2017

Sila Tinggalkan Link Anda


Pengumuman kepada semua blogger di luar sana. Kinah nak mencari bloglist bagi bulan Mac nanti. Dah tak lama dah nak masuk bulan baru. Jadi dengan itu diminta kepada semua untuk meninggalkan link blog. Pemilihan akan dibuat oleh Thahirah. 

Pencarian ini berlangsung sehingga 28/2/2017


Bila Gambar Berbicara ~ Integriti


Sunday, 26 February 2017

Japanese Village Di Bukit Tinggi

Entri kali ni bersambung dengan sehari di Colmar Tropicale di Bukit Tinggi. Pada mereka yang dari Colmar Tropicale disediakan truck untuk ke sana. Kalau dari Colmar jalan kaki mau terjulur lidah. Jauh tu dengan jalan berbukit lagi. Ada juga yang bawak kereta sendiri ke atas tu tapi bagi kereta yang cc kecil better jangan mau hangit brek nanti.

Lepas sampai di sana untuk ke Japanese Village kita perlu menaiki tangga sebab tu kinah kata mana yang bawak anak kecik tak sesuai bawa stroller sebab di kawasan sekitar terutama nak ke rumah Jepun memang kena naik tangga lagi.


Haa lepas naik tangga kena jalan sikit lagi. Berbukit juga la. Kita yang lama tak excercise ni pancit di tengah jalan hihi.

Lepas jalan berbukit tadi kita akan berjumpa dengan pemandangan ni bersebelahan dengan booth gambar.

Ok kita dah sampai di kawasan Japanese Village. Welcome to Japanese Village.

Ni papan tanda. Sebenarnya kita berada di paras 3500 kaki dari aras laut. Di sini ada kedai cenderamata, Botanical Garden, Japanese Tea House, Rumah Jepun.

Bergambar dekat signboard je la nak turun tangga dah tak larat hehe.

Pemandangan Botanical Garden dari atas.

Ni dekat Rumah Jepun. Di sini kita boleh menyewa pakaian tradisional masyarakat Jepun iaitu Kimono. Disebabkan ramai sangat malas nak mencuba.

Pandangan dari atas Rumah Jepun.



Si bapak dan anak tengah tengok ikan. Nak ke seberang kita boleh jalan atas batu di kolam ni.

Di sebabkan hari dah nak hujan moh le kita balik. Sebenarnya banyak lagi tempat kita boleh lawati disebabkan kekangan masa tak dapatlah meronda semua tempat. Sila abaikan muka orang belakang yang serebeh tu ye.

Keluar je dari kawasan Bukit Tinggi hujan turun mencurah-curah. Nasib cepat turun kalau tak mandi hujan la kita tiga beranak. Ok lah itu je cerita kami di Bukit Tinggi.








Sehari Di Colmar Tropicale di Bukit Tinggi

Disebabkan semalam adalah cuti mingguan suami jadi kami decide nak pergi berjalan makan angin. Tak fikir panjang suami ajak ke Bukit Tinggi. Ala tempat macam ala-ala di luar negara tu. 


Disebabkan semalam adalah hari cuti, jadi kebanyakan ibu bapa mengambil peluang bawa anak-anak jalan ke sini. Bayaran masuk bagi orang dewasa sebanyak RM15.00 budak- budak pulak RM8.00. Bagi budak besar Thahirah tak dikenakan bayaran.

First impression tempat ni wooww macam bercuti di luar negara pada hakikatnya dalam negara je.Kami sampai sana pun agak lewat sebab terpaksa tempuh jammed kat Batu Caves tu ha. Kalau tau macam tu baik ikut Batang Kali-Genting-Highland.

Masa kami sampai kebetulan ada persembahan di stage. Kinah tengok jap orang menari.


Gelek jangan tak gelek haha..

Masa ibunya tengah tengok orang menari si anak dan si bapak sedang meronda. Tak terkejar ayahnya.

Lepas habis pusing kat area pentas tu kitorang jalan berjalan sikit ke depan tu. Siapa nak main macam ala-ala funfair pun ado. Kinah cuba tangkap itik. Satu token bernilai RM2.00. Dapat la bear kecik hihi. Jadilah dari tak dapat apa-apa.

Eh eh tetiba pulak ada ahli mesyuarat sedang bersidang hehe.

Kat sini memang ada jual makanan tapi agak mahal la sikit. Apa yang penting tak ada kedai mamak ek. Siapa tekak melayu bawakla makanan siap-siap sebab boleh dikatakan makanan sini agak mahal. 

Siap ada badut lagi. Comelkan badut ni. Gegirl. Thahirah takut dengan badut.

Lepas habis pusing kat area situ kitorang tengok swan. Ada dua ekor swan.



Sorila ye. Swan ni datang kat kitorang je. Hihi

Sejujurnya pada parents yang bawa anak kecik better bawak baby carrier. Sebabnya kawasan ni terlalu banyak tangga.

Lepas habis tengok swan kitorang menaiki truck nak ke Jepun Village. Ha yang tu entri lain la ye.










© Love Is Simple
Maira Gall