Friday, 24 February 2017

Tempat Letak Bayi Di Tandas Awam

Sumber: Facebook

Apa pendapat semua kalau dibina tempat letak bayi di tandas awam?

Terima Sampel Susu Nankid

Lepas solat zohor tadi terdengar orang ketuk pintu. Dalam hati siapa pulak ni. Mula-mula tak nak bukak sebab takut salesman datang. Makin lama makin kuat dia ketuk dan bagi salam. Ehh tak leh jadi ni. Bukak je pintu rupanya posmen pos laju. Blur jugak masa tu apa benda pulak ni. Rasanya semua hadiah giveaway dah selamat sampai dah minggu lepas. Bila dah sain semua dan tengok parcel apa menda ni. Bila tengok bahagian bawah penerima tu dia ada remark Nankid.  

Ohh baru la teringat hari tu kinah ada request free sample untuk susu budak. Dah orang nak bagi kita ambil. Bukan kena bayar pun. Siap daftar jadi ahli lagi ha. So tak tunggu lama bukak parcel ada kotak dalamnya. Dalam lotak tu ada susu dan sehelai sapu tangan. Waa terima kasih Nestle. 

Sampel Susu

Kalau tak salah susu Nankid ni agak mahal juga. Lagipun sekarang ni Thahirah minum susu Dutch Lady. Aritu ibunya dapat susu kali ni anaknya pulak dapat susu. Pada yang nak dapatkan sampel percuma macam kinah pergi je web freebiesland. 

Realiti Kehidupan Di Zaman Ini


Inilah realitinya masa kini. Baru dapat gaji ada je yang menanti. 

Giveaway Sample Collagen Soap Nurraysa Beauty



KOLAGEN MARIN ASLI- mengandungi mineral, asid amino, beta karotein, serta protein yang membantu mengekalkan kolagen dalam kulit

MINYAK ZAITUN - berkesan membersih dengan mendalam tanpa menyumbat pori - pori dan telah digunakan secara meluas dalam industri kecantikan di barat kerana kandungan vitamin E yang tinggi yang boleh merawat kulit muka serta anti penuaan yang sangat dipercayai

SUSU KAMBING- mengandungi selenium dan vitamin A iaitu makanan penting untuk kulit yang cantik menawan. Kaya dengan asid laktik yang berupaya membuang sel kulit mati yang degil di kulit, melembabkan serta mencerah kembali kulit yang kusam. Barat menggelarkan ia sbg 'healing miracle'

*Herba terpilih
*Habbatussauda'

Inginkan kulit anda mendapat manfaat dari bahan-bahan hebat di atas? 

Sabun ini juga sesuai untuk:
✔ Bayi seawal baru lahir
✔ Kaum lelaki & wanita yg mempunyai masalah kulit
✔ Eczema, gatal serta kurap
✔ Boleh guna satu badan

Senarai Link yang Ditinggalkan

Thursday, 23 February 2017

Panas Betul Hari Ni


Fuhh panas betul hari ni. Membahang rasanya. Mungkin panas nak hujan kot. Tadi pergi ke rumah mak mentua bagi Thahirah main dengan adik sepupunya. Kesian Aleesya ruam dia makin teruk sehingga ada kesan hitam. Bila semakin panas makin teruk ruam dia. Tambahan pula dia kuat berpeluh. Siapa sini tahu macam mana nak kurangkan ruam tu sebabnya dah macam-macam cara opah dia buat nak hilangkan ruamnya tu. Sampai dah ada kesan hitam ditengkuknya tu.

Biar Gambar Berbicara




Biarlah gambar berbicara. Ditujukan kepada sesiapa yang faham.

GIVEAWAY #1 BY AISYAH


Malam ni adalah untuk join giveaway. Syaratnya sangat mudah. 

Bagi menjawab soalan kenapa saya nak menjadi peserta bertuah sebabnya saya nak menang perfume tu. Kalau tak menang pun takpe dapat masuk dalam bloglist pun alhamdulillah. 

Giveaway akan ditutup bila peserta cukup 50 orang. Ehh tunggu apa lagi follow rapat-rapat.

Giveaway Pre-Loved Buku 2017


Kali ni kinah nak join satu giveaway pada kinah sangat menarik. Sebab apa? Sebabnya hadiahnya pre-loved buku. Jika ditakdirkan kinah dapat buku pre-loved ni kinah nak buku Paranoia dan Selumbar.

Sebab apa kinah pilih dua buah buku ni? Sebabnya kinah tak ada lagi buku ni. Jadi dengan adanya giveaway ni bolehlah kinah menambah koleksi buku yang sedia ada. Lagipun koleksi buku yang kinah ada kebanyakannya kisah cinta. Apa salahnya sekali sekala tukar genre pulak. 

So, pada yang nak join tu klik banner je. Syaratnya pun mudah je.

Wednesday, 22 February 2017

Terima Sampel Anlene


Semalam terima sepucuk surat daripada Anlene. Yeayy dapat sample susu Anlene yang baru. Ala yang iklan Shiela Majid menari tu. Masih ingat lagi yang kinah ada isi form di Freebiesland aritu? Haaa ini salah satunya tau.

So far, sedap sangat susu Anlene ni. First time mencuba. Ingat budak je kena minum susu, mak budak pun kena minum juga susu untuk menjaga tulang kita ni. Tambahan pula banyak aktiviti yang kita buat yang boleh menjejaskan kekuatan tulang. 


Semuanya ada tiga sachet. Macam mana nak dapatkannya mudah sahaja cuma isi form yang diberikan dan tunggu posmen hantar ke rumah. Dalam dua minggu juga kot proses tersebut. Haa tunggu apa lagi cepat isi form sebelum kehabisan stok.

Sepahnya Rumah !!!



Fuhh bila ada budak kecik dalam rumah jangan mimpi la rumah tu nak cantik dan teratur. Sebabnya kita ada pembantu rumah tak berbayar yang 'mengemas' rumah kita tu. Kemasla banyak kali tetap sama juga seleraknya. Jadi tak hairan la kalau pergi berkunjung ke rumah orang yang ada anak kecik rumah bersepah macam tongkang pecah dan kita yang jadi tetamu ni janganlah nak mengutuk dalam hati selerak gila rumah dia ni, pemalas betullah. 

Janganlah macamtu. Kalau nak tahu kenapa budak kecik suka selerakkan rumah sebenarnya itu adalah satu perkembangan tumbesarannya. Bagi mereka bila barang mainan bersepah itu adalah satu kegembiraan bagi mereka seolah-olah mereka berada dalam dunia mereka selain dapat meningkatkan kreativiti mereka. Kinah memang biarkan Thahirah sepahkan mainan dia tu. Lepas dia main dan tidur barulah dikemaskan. Memang sejujurnya kinah rimas tengok sepah-sepah ni tapi nak buat macam mana biarkan saja. Sebab suatu hari nanti kita pasti akan merindui moment ni.


Cermin Mata Baru Nampaknya



Kali ni topik cermin mata. Nampaknya dah tiba masa cermin mata kinah kena tukar. Tukar disebabkan kanta dah retak dan bingkainya dah tak boleh digunakan lagi. Huhu. Mesti korang sangkakan eh ganasnya kinah ni sampai retak kanta tu. Oh sebenarnya bukan angkara kinah ye sebabkan kanta retak tapi disebabkan budak kecik ni. 

Masa kita baring tengok tv mulalah dia nak memanjat badan kita yang jadi mangsanya cermin mata kinah. Rebut punya rebut prakk sikit. Alamak retak pulak. Tapi boleh lagi pakai ni. Bila bingkainya pulak yang patah itu memang tak boleh diampun lagi. Nak tak nak kena pergi buat baru. Ha tunggu la Jumaat ni baru siap katanya. 

Kali ni spec mata ni bukan yang transition. Kanta yang dipilih kodak lens. Jadi pasni takdela silau sangat bila ada pemandu kereta yang suka pasang lampu tinggi huhu.

Tepung Goreng Cap Bestari Best Ke?

Gambar ni dipinjam daripada Google

Nak tanya pada pembaca semua ni. Pernah dengar tak tepung goreng ranggup serbaguna cap Bestari? Siapa pernah guna cuba komen sikit. Kinah dengar tepung ni sedap dan mabeles. Kami kat rumah ni suka makan ayam goreng bersalut tepung. Selalunya guna tepung Adabi, dan Kentucky. Dengarnya tepung cap Bestari ni tak payah salut dengan telur. Betul ke? 

Plaster Berubat Neobun Memang Best

Aduh sakitnya pinggang, lengan dan belakang. Sapu minyak adala ok sekejap kemudian sakit balik. Sakit-sakit ni dah lama dah selepas bersalin aritu. Nak berdiri lama pun tak boleh. Berdiri lama mulalah sakit kat punggung sampailah ke kaki. Urut?? Adalah jugak urut beberapa kali masa tu ok la sikit kemudian lama-lama jadi balik.

Pakai minyak pun tak boleh nak surut akhirnya kinah pakai satu plaster berubat ni. Namanya Salonpas. Bukan nak kutuk salonpas, rasanya kalau tauke Salonpas baca ni tolonglah upgrade plaster salonpas tu biar gam dia kuat sikit. Ni adala sekejap tampal dah cabut terutama bila berpeluh. Rasa unsatisfied dengan produk ni. Bila dah sekejap je boleh tampal macam mana ubat tu nak bertindak.

Kemudian beralih satu plaster berubat ni. Namanya Neobun. Woww memang menakjubkan. Berbeza sangat bila pakai plaster ni. Orang kita panggil koyok je. Gam dia tahan lama. Bila mandi pun tak tanggal. Apa yang best dengan koyok ni tempat sakit yang kita tampal tu rasa berdenyut-denyut. Maknanya ubat tu dah serap. Alhamdulillah bila dah mencuba plaster ni memang tak cari dah koyok lain. Sakit pun makin berkurangan.

Kat rumah memang ada stok koyok ni. Bila sakit tampal je tak payah pening nak sapu minyak panas hihi. Siapa suka pakai koyok ni? Pada yang belum cuba lagi koyok ni cubalah dan pasti tak cari lain dah. 

BRIM Sudah Masuk



Dengarnya ada yang dah terima BRIM. Alhamdulillah, syukur atas rezeki yang diberikan kepada kita. Semoga pemberian BRIM ni dapat memberi manafaat dan membantu kita. Biasalah bila minggu BRIM dan gaji kebiasaannya peniaga-peniaga akan mengadakan sale terutama bagi bulan ni sempena BRIM. Rezeki kepada peniaga-peniaga. Namun begitu, kita sebagai pengguna perlulah berbelanja dengan berhemah. Berhemah yang macam mana tu? Beli bila barang itu merupakan keperluan kita bukan kehendak kita.

Kalau nak diikutkan kehendak tu habis semua kita nak borong. Akhirnya, menyesal tak sudah. Barang tak pakai kan dah rugi. Tambah sekarang ni harga barang semakin mahal, kos sara hidup semakin meningkat. Janganlah kita amalkan pepatah ni biar papa asal bergaya, kelak nanti kita yang merana. Ok lah tak mau nak bebel panjang. Selamat Malam semua.
© Love Is Simple
Maira Gall