Wednesday, 25 January 2017

Jom Pakai Stokin

Haaa ni kempen mana pulak ni haha. Serius sekarang ni sejuk dah macam dekat Cameron Highland pulak. Bukak sinki airnya mak aiii sejuk macam ais. Kat luar sekarang ni pun masih hujan, siang tadi je la baru nampak matahari sikit.

Disebabkan sekarang ni sejuk marilah kita ramai-ramai pakai stokin. Nak pijak simen rumah pun rasa ngilu ni ha. Thahirah jom malam ni kita berstokin hihi.


Review- Novel Jodohku Gadis Kampung

Masih ingat lagi kinah ada post mengenai tiga novel yang masih belum dibaca. Pada yang terlepas boleh rujuk di sini. Entri kali ni kinah nak cerita salah satu daripada novel tersebut iaitu Jodohku Gadis Kampung. Mungkin kinah agak ketinggalan sikit ehh sikit ke. Rasanya novel ni dah lama ada di pasaran cuma baru-baru ni aja kinah dapat membaca. Usah ditanya kenapa.

Ok lah dah habis introduction. Sekarang ni kita nak masuk ke isi pulak. Sila ambil perhatian ye hehe.


Jodohku Gadis Kampung ni merupakan karya Nieya Jalies. Entah di mana salahnya apabila dilahirkan sebagai seorang perempuan? Bagi Aufa dia tidak pernah kenal erti kasih sayang daripada ayah kandungnya sendiri, Pak Latep. Buat baik dihina, buat salah dibenci selama-lamanya.

Kesempitan hidup yang di alami oleh Aufa sekeluarga menjadikannya terdesak. Atas desakan itu jugalah telah menemukan Aufa dengan Syed Al-Hadeef. Kerana lelaki ini Aufa telah mula kenal erti cinta, apa itu rindu. Setelah disatukan sebagai suami isteri, kehidupan pasangan ini diduga apabila suaminya Hadeef meninggalkannya pada hari perkahwinan mereka tanpa sebarang pesan. Hal ini menyebabkan Aufa menjadi seorang yang tidak yakin lagi dengan cinta. 

Setelah tujuh tahun pemergian Hadeef, Hadeef muncul semula dengan harapan Aufa akan menerimanya semula. Selama kehilangannya adalah disebabkan sengketa yang berlaku dengan abinya Syed Al-Hakim telah menyihir anaknya sendiri. Segala yang terjadi telah dijelaskan kepada Aufa namun hatinya telah hancur. Pelbagai usaha dilakukan oleh Hadeef namun masih tidak dapat memenangi hati isterinya itu.

Adakah cinta mereka bersatu? Segalanya akan terjawab di dalam Jodohku Gadis Kampung.

Segmen Bloglist Februari by SyazHarzaysMinme


Ehh ada segmen la. Jom ramai-ramai kita support segmen ni. Pada yang nak join klik banner di atas.

Bahayanya Jeli Kristal

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita kanak-kanak tertelan jeli kristal. Bukan jeli kristal agar-agar tu ni jeli kristal bila dimasukkan ke dalam air dia mengembang. Selalunya kita letak dalam vase untuk hiasan. Nak buat hiasan ke nak buat decoration macam mana sekalipun pastikan benda atau bahan yang digunakan tidak berbahaya. Bukannya apa budak kecik apa diorang tau. Kutip-kutip terus ngap masuk dalam mulut. Kita pulak tak perasan. Allah. Semoga apa yang terjadi tu dapat dijadikan sebagai pengajaran kepada kita semua. Rasanya dah lama tak ada jeli kristal ni sekarang ni dijual balik. Harap pihak yang bertanggungjawab menghentikan pengeluaran benda ni.

Cantik memang cantik tapi bila ada budak kecik kat rumah mimpi je la nak ada benda ni.

Tuesday, 24 January 2017

Waktu Pengambilan Ubat yang Betul

Setiap kali pergi ke klinik kita akan dibekalkan dengan ubat. Ubat yang diberi tu bergantung dengan keadaan penyakit kita. Setiap ubat perlu dimakan mengikut sukatan yang diberikan sebagai contoh ubat tahan sakit perlu dimakan tiga kali sehari. Haaa tiga kali sehari? Waktu mana yang sesuai untuk kita makan ubat tersebut. Sebenarnya ada waktu yang telah diperuntukkan untuk makan ubat pada waktu yang betul cuma kita je yang tak tahu. Tak pe kinah share bukan sahaja sebagai panduan kepada kinah malah pada semua.

Harapnya lepasni dapat amalkan pengambilan ubat pada waktu yang betul.

© Love Is Simple
Maira Gall