Friday, 20 January 2017

Seksanya Gatal-Gatal Ni

Sejak dua menjak ni kinah dah jarang update blog biasala kekangan masa tambahan pula baru-baru ni kinah diserang virus apa nama entah la. Tiba-tiba je gatal-gatal. Peliknya kinah sorang je yang kena. Ingatkan kurap sebab rupa macam kurap lepas bubuh minyak cap kaki tiga tu nampak sama je tak ada apa perubahan pun jadi kinah ajak suami pergi hospital nak cek apa menda la gatal-gatal kat kaki sebelah kiri.

Lepas amik darah doktor kata awak dijangkiti virus. Jadi doktor bagi ubat tahan sakit, antibiotik dan uba krim. Lepas dah sapu dan makan antibiotik tempat gatal tu dah semakin kering. Macam-macam penyakit virus dan sebagainya tambahan pula dengan peningkatan penduduk dan pertambahan kedatangan warga asing telah memburukkan keadaan.  

Cara kehidupan mereka yang berbeza dengan kita sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada kita terutamanya penyakit bawaan dan sebagainya. 


Tuesday, 17 January 2017

Balai Bomba Bukit Sentosa Akan Dibina

Alhamdulillah setelah sekian lama penduduk di Bukit Sentosa Selangor menanti sebuah balai bomba akhirnya akan dibina tidak lama lagi. Lokasinya bersebelahan dengan Balai Polis Bukit Sentosa. Pada asalnya tanah tersebut dah rupa hutan belantara kami yang duduk kat situ rasa sejuk je. Sejak diorang dah tebang dan dah lapangkan tanah tu rasa panas pulak huhu. Walau apa pun semoga dengan terbinanya balai bomba tersebut dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa sebabnya sebelum ni kalau ada apa-apa berlaku kemalangan di Bukit Sentosa berharap bomba daripada Kuala Kubu Bharu kan jauh tu.

Sumber daripada google.

Selalunya dengar siren polis. Lepasni bila dah ada balai bomba nanti kita dengar siren bomba pulak ye huhu. Semakin maju dah Bukit Sentosa ni. 

© Love Is Simple
Maira Gall