Sistem SAPS Ibu Bapa Memudahkan Ibu Bapa Memantau Prestasi Anak

Sistem SAPS Ibu Bapa Memudahkan Ibu Bapa Memantau Prestasi Anak| Kalau suatu masa dahulu buku rekod digunakan bagi mencatat prestasi pelajaran dan kemajuan sekolah anak-anak, namun kini semuanya sudah pun berubah. Seiring dengan peredaran zaman semasa, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan satu sistem yang lebih mudah khusus untuk ibu bapa bagi memudahkan ibu bapa membuat pemantauan prestasi anak-anak di sekolah. Sistem ini diberi nama SAPS Ibu Bapa.

Sistem SAPS Ibu Bapa Memudahkan Ibu Bapa  Memantau Prestasi Anak
Sistem SAPS Ibu Bapa Memudahkan Ibu Bapa  Memantau Prestasi Anak

SAPS Ibu Bapa merupakan sistem analisis keputusan peperiksaan sekolah yang diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Tujuan sistem ini dibangunkan bagi memudahkan ibu bapa atau penjaga membuat semakan keputusan ujian dan peperiksaan anak mereka secara atas talian (online).

SAPS NKRA ialah National Key Result Areas (Bidang Keberhasilan Utama Negeri) dan ianya juga dicipta untuk kegunaan ibu bapa, guru dan setiausaha peperiksaan (SUP) bagi melihat paparan pengumuman penting bagi murid-murid, guru-guru, ibu bapa serta setiausaha peperiksaan.

Cara Membuat Semakan
  1. Klik pautan ini untuk menyemak keputusan peperiksaan.
  2. Masukkan nombor sijil lahir (bagi anak sekolah rendah) atau kad pengenalan (bagi sekolah menengah). Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
  3. Kemudian ambil pilihan yang ingin di semak sama ada untuk keputusan sekolah rendah atau keputusan sekolah menengah.
  4. Pilih tahun peperiksaan yang ingin disemak.
  5. Slip peperiksaan akan mula dipaparkan. Ibu bapa boleh mencetak slip berkenaan bagi tujuan rekod persendirian.

Mudahkan sistem ni. Banyak kelebihannya apabila sistem ini diperkenalkan. Antara kelebihannya ialah ibu bapa dapat memantau pencapaian dan prestasi anak di hujung jari sahaja. Berdasarkan pencapaian tersebut, ibu bapa dapat merancang  program yang sesuai untuk anak mereka terutama bagi anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan besar seperti UPSR, PT3 dan SPM.

Jika dahulu buku rekod digunakan untuk merekod segala pencapaian yang memerlukan tandatangan ibu bapa tapi kini dengan wujudnya sistem ini, anak-anak tidak lagi dapat menipu tandatangan kerana bimbang di marahi oleh ibu bapa kerana pencapaian merosot mereka.

Diharap dengan sedikit sebanyak maklumat yang diberikan di atas dapat membantu ibu bapa menggunakan sistem ini dengan mudah dan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai sistem ini bolehlah layari website ini http://www.sapsibubapa.co/

Post a Comment

6 Comments

  1. Sekarang semuanya di hujung jari. Bagus ada sistem camni.

    ReplyDelete
  2. ada sistem macam ni kena manfaatkan


    kalau tak sia sia

    ReplyDelete
  3. akak suka sangat sistem ni.. bagusnya keputusan anak tu..

    ReplyDelete
  4. Wow. Canggih giler. Sekarang ibubapa dapat monitor anak-anak punya prestasi

    ReplyDelete
  5. Sejak Ada saps mmg senang Sgt nak tau result anak. Budak pun x boleh kelentong haha

    ReplyDelete
  6. I can see that you are an expert at your field! I am launching a website soon, and your information will be very useful for me.. Thanks for all your help and wishing you all the success in your business. saps ibubapa

    ReplyDelete