Terjebak Menonton Dendam Aurora Terbitan Astro


Terjebak Menonton Dendam Aurora Terbitan Astro| Sana sini orang sibuk bercerita tentang satu drama ni. Drama ni semakin lama mengambil tempat di hati peminat drama tegar macam kinah hehe. Sejujurnya, tak semua drama kinah layan. Cuma drama tertentu je. Mungkin disebabkan jalan cerita tu yang membuatkan kinah lebih selektif dan bila tengok trailer macam best je. Gandingan pelakon Ungku Ismail dan Nabila Huda membuatkan cerita ni lebih mantop.

Jom kita baca sinopsis drama ni

SINOPSIS DENDAM AURORA 

Mengisahkan tentang seorang wanita bernama Aurora Abdullah (Nabila Huda) yang dipenjarakan selama 8 tahun di atas kesalahan membunuh. Aurora kemudiannya dibebaskan lebih awal dari waktu ditetapkan kerana berkelakuan baik. Walaupun ditegah oleh neneknya  Octavia Milner (Dian P. Ramlee), Aurora mengambil keputusan untuk pulang ke Tana Rata, Cameron Highlands, Pahang setelah dibebaskan demi membersihkan namanya dan nama keluarganya yang telah tercalar setelah dia dituduh membunuh Dato’ Hamzah (Tony Eusoff).

Kemunculan semula Aurora di Tanah Rata membuatkan keadaan menjadi tegang yang mana semua orang terkejut dengan kehadirannya terutama Harris (Ungku Ismail Aziz), yang merupakan bekas kekasih Aurora dan juga anak kepada Dato’ Hamzah. Pada waktu itu, Harris yang juga pemilik ladang Teh besar di Tanah Rata sudah ditunangkan dengan Putri Adrina (Anzalna Nasir), bakal pewaris kepada Engku Azhar (Dato’ Eizlan Yusof), pemilik ladang sayuran terbesar di Malaysia.

Aurora terkejut apabila mengetahui yang perniagaan keluarganya kini menanggung hutang yang banyak dan dipinggirkan oleh orang kampung. Perusahaan teh mereka yang dijalankan Octavia semakin muflis. Dengan bantuan dan sokongan daripada Ustaz Hakim (Fezrul Khan), Aurora nekad untuk membangunkan perusahaan keluarganya.

Kehadiran Aurora di Tanah Rata juga pada masa yang sama membuatkan pengusaha-pengusaha yang bersubahat dengan Engku Azhar bimbang jika rahsia kematian Dato’ Hamzah bocor. Mereka nekad untuk memastikan kehidupan Aurora terus sukar dan rahsia mereka tidak diketahui sesiapa.

Didorong rasa benci, Haikal Hamzah (Shah Iskandar) pula ingin membalas dendam kepada Aurora kerana membunuh ayahnya. Hasil daripada siasatannya, beliau mendapat tahu bahawa Aurora tidak bersalah. Rasa kesal dan malu ini membawa kepada perasaan cinta pada diri dan semangat perjuangan Aurora. Manakala Harris yang sudah ditunangkan dengan Putri Adrina pula pada masa yang sama semakin cemburu dengan adiknya yang semakin rapat dengan Aurora.

Engku Azhar pula begitu gembira dengan perkembangan hubungan Haikal dan Aurora kerana beliau sudah lama tidak menyukai Harris. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa merestui dan akur dengan keputusan anak kesayangannya Putri Adrina yang tetap berkeras untuk berkahwin dengan Harris. Perkahwinan Harris dan Putri Adrina merumitkan lagi konflik di antara tiga keluarga besar di Tanah Rata tersebut.

Sinopsis credit to: mulan Sahbanu

Drama 100 episod ni diadaptasi daripada sebuah telenovela Itali, Tuscan Passion. Drama ini dibintangi pelakon hebat seperti Nabila Huda, Ungku Ismail Aziz, Anzalna Nasir, Shah Iskandar, Dian P Ramlee, Dato’ Eizlan Yusof, Tony Eusoff, Fezrul Khan, Aedy Ashraff, Octavia Manrose, Emilie Haniff, Mia Nasir, Zila Bakarin, Adam Lee, Nikki Palikat, Dato' Sri Raja Rezza Shah, Marissa Yasmin, Alex Yank, Chew Kin Wah, Sharifah Shahora, Zuraini Kassim, Hafiz Halim dan ramai lagi.

You Might Also Like

6 Pengomen Tegar

  1. Cerita dia macam best....tapi banyak sangat episodnya...huaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu apa boleh buat.sekali dah layan kena layan terus la jawabnya hehe

      Delete
  2. Layan gak episode 1-4 lps tu tinggal xtgk hihihihi

    ReplyDelete
  3. Best cerita ni.. so far layan online je.. Sebab tak sempat nak tengok kat rumah..

    ReplyDelete