Monday, 7 August 2017

MegRhythm Steam Eye Mask Bagi yang Sukar Untuk Tidur

MegRhythm Steam Eye Mask 
MegRhythm Steam Eye Mask Bagi yang Sukar Tidur| Asal malam je, mulalah susah hati mana taknya malam untuk tidur tapi kita? Puas pejam mata, pusing ke kiri ke kanan tapi tak juga mahu tidur. Bergantung pada ubat tidur tak elok juga. Jadi lepas ni tak payah susah hati lagi sebabnya Kao Corp Japan telah memperkenalkan Steam Eye Mask khusus untuk mata. 

Untuk pengetahuan semua, Steam Eye Mask merupakan produk yang terlaris di Jepun tau. Terdapat 5 varian, yang kinah dapat ni Lavender sage scent.
Steam Eye Mask Didatangi dengan pelbagai varian
Mesti korang nak tau apa rasa lepas pakai mask ni. Lepas ikut seperti arahan diberikan kinah cuba pakai di mata ni. Terasa suam-suam tau. Apa yang penting seperti tagline diorang Relax, Refresh dan Relieve. Memang sungguh relax tau. Sepuluh minit tempek kat muka ni mata ni mula la rasa macam nak tido je hehe. First time cuba benda ni rasa teruja pulak. Oh ye untuk pengetahuan ye, mask ni hanya boleh pakai sekali je tau. Jangan pula korang cuba nak panaskan die. NO NO NO. Dah pakai terus masuk tong sampah.

Masa korang pakai tu, kalau ada rasa tak selesa macam ada rasa sakit jangan teruskan. Takut penyakit lain pulak. Satu lagi kalo ada luka ke apa dekat sekitar mata tu jangan pakai lagi, tunggu luka tu kering dulu. Kang makin teruk luka tu sapa nak tanggungjawab. Banyak benor pantang larangnya ye. Takpe untuk kebaikan. Nanti apa-apa jadi kat mata tu mana ada spare part. 
Macam mana berminat nak mencuba juga? Korang boleh dapatkan di gedung Watsons yang berhampiran dan kalau malas nak keluar boleh order di Lazada je. 

6 comments:

  1. Replies
    1. Memang best cik ash. Rasa fresh je tau

      Delete
  2. Replies
    1. Memang best cik nor. Cuba la nanti

      Delete
  3. menarik.. boleh cuba nanti...

    psstttt jemput join http://www.mialiana.com/2017/08/segmen-blogwalking-merdeka-2017.html

    ReplyDelete