Cara Lembutkan Hati Isteri Tengah Marah


Memiliki pasangan pemarah sedikit sebanyak memberi kesan dalam keharmonian rumah tangga. Jika kemarahan ini tidak dikawal akan menggugat keharmonian rumah tangga. Sebenarnya perkara ini boleh di atasi jika si suami bijak memainkan peranan dalam mengawal keadaan. Bagi mengatasi masalah ini, cuba amalkan tujuh cara untuk lembutkan hati isteri tengah marah.

MINTA BANTUAN LUAR
Jika anda dan pasangan bertikam lidah sehingga tidak bertegur sapa antara satu sama lain, anda perlu mencari jalan keluar dengan mencari orang tengah bagi menyelesaikan masalah anda seperti penasihat perkahwinan bagi membantu mengubah sifat isteri pemarah. Kadangkala kemarahan ini berlaku berpunca daripada tekanan hidup pada masa lampau ataupun si isteri tidak mampu untuk mengawal emosi dengan sebaiknya.



BEKERJASAMA DAN BERSIKAP ADIL
Wanita sememangnya sukar difahami dan kadangkala kuat beremosi. Sifat pemarah yang kadang terluah apabila anda tidak berlaku adil kepadanya, kurang hormat, atau rasa terbeban. Oleh itu, sebagai pasangannya, anda seharusnya lebih berhati-hati dengan tindakan anda ketika melayaninya dan sering berlaku adil, hormat-menghormati antara satu sama lain dan membantu meringankan bebannya di rumah.


TENANGKAN DENGAN KATA-KATA YANG LEMBUT
Kadang-kadang sikap amarah ni berpunca daripada perasaan terluka ataupun rasa terancam. Oleh itu, setiap kali dirinya marah-marah anda seharusnya bersabar dan mengungkapkan kata-kata yang lembut bagi menenangkan emosinya. Jangan pula anda mengancan, mengejek, dan memperkecilkan dirinya pada saat dirinya tengah naik hantu.


BERI PERHATIAN
Lelaki seringkali tidak ambil pusing dan seolah-olah kurang beri perhatian apabila si isteri sedang berbicara. Sikap begini sememangnya mencetuskan kemarahan dalam kalangan wanita. Kemarahan mereka pasti meluap-luap apabila reaksi yang diharapkan menjadi hambar seterusnya merasakan dirinya tidak dihargai lagi. Oleh itu, cuba beri perhatian bila si dia sedang bercakap dengan anda.

JANGAN MEMBALAS
Sebaiknya apabila pasangan anda sedang marah, cuba anda berdiam diri. Biarkan sejuta anda membela diri dengan membalas kata pedas sang isteri namun tindakan itu akan menambahkan lagi kemarahannya.


JADI RAKAN YANG BAIK
Anda adalah insan yang dipilih untuk hidup bersama dengannya. Oleh itu, jadikanlah dia sebagai teman dan rakan baik anda buat selamanya. Fahami dan terima seadanya akan mengubah sedikit sebanyak kemarahannya.


BERI MASA UNTUK PROSES BERTENANG
Sekiranya pasangan anda tengah marah, berikanlah sedikit ruang dan masa secukupnya untuk proses bertenang. Memberi ruang tidak bermaksud anda menjauhkan diri daripadanya. Langkah menjauhkan diri daripadanya akan membuat pasangan anda berkecil hati seterusnya membawa diri. Oleh itu, berikanlah dirinya masa agar dia mampu menilai sendiri dan buruknya sikap itu.



You Might Also Like

3 Pengomen Tegar

  1. ... bagi la hadiah. mesti isteri suka.
    rantai emas ker :) hi hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa yang itu kinah setuju. Lagi cepat hilang marah tu kan hehe

      Delete
  2. Bagi saya point yang beri perhatian tue menjadi keutamaan, bayangkanlah kita duk luahkan perasaan pada suami, tetiba, nampak suami bermain games ke layan fesbuk ke ataupun paling koman, tertido.. hihi rasa geram aje...

    ReplyDelete