6 Panduan Ubahsuai Dapur

Dapur yang cantik dan kemas memjadi impian setiap wanita. Namun begitu, mengubah suai dapur bukanlah satu tugas yang mudah. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan iaitu daripada segi perancangan, bajet yang diperlukan serta rekaan yang diingini.
Banyak faktor lain yang perlu diteliti ketika merancang untuk pengubahsuaian di ruang yang penting di kediaman. Faktor ini tidak boleh diabaikan kerana akan merugikan pemilik di kemudian hari.

PENGGUNAAN DAPUR
Cuba anda fikirkan bagaimana dapur akan digunakan. Bagi memastikan pengubah suaian ini berjaya, sangat penting bagi menetapkan matlamat projek dijalankan seperti dapur yang dibuat digunakan sepenuhnya dan memperoleh kehidupan berganda melaluinya.

CEDOK IDEA
Sekarang ni semuanya dihujung jari je. Cuba 'google' untuk melihat contoh-contoh dekorasi dapur. Selain itu, dengan mengunjungi mana-mana hotel dan restoran yang mempunyai seni hiasan tersendiri. Daripada situ akan timbul segala idea bagi mengindahkan lagi dapur anda tu.

KEPELBAGAIAN FUNGSI
Pemilik perlu memastikan dapur yang di ubah suai mempunyai pelbagai fungsi yang jelas agar ianya menjadi pusat utama bersama keluarga. Dapur dengan pelan terbuka lebih sesuai kerana akan menjadi ruang untuk berinteraksi sosial.

RUANG SIMPANAN
Pelbagai barangan dibeli sehingga ruang tidak mencukupi untuk membuat penyimpanan. Oleh itu, ruang simpanan adalah penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan masalah ruang tidak mencukupi. Di sini, dapat dilihat akan kepentingan laci bagi menyimpan segala barangan dan peralatan dengan teratur.

SEDIAKAN DAPUR SEMENTARA
Jangan lupa sediakan dapur sementara di ruang lain. Pastikan ruang dapur sementara berdekatan dengan sumber air bagi memudahkan penyediaan makanan dan juga proses mencuci. Dapur sementara ini perlu dibina secara ringkas dan sediakan peralatan memasak yang asas.

DAPATKAN PELAN
Dapatkan pelan secara terperinci sebelum memulakan projek pengubah suaian supaya menjadi rujukan buat anda selaku pemilik kediaman.




You Might Also Like

14 Pengomen Tegar

  1. Sy selalu usha deko dapur d fb 😁👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kinah pun selalu juga usha kat situ heheh

      Delete
  2. nice tips kina. nanti uyul nak ubah suai dapur rumah mak boleh refer tips kina.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je uyul.. :-) nanti jangan lupa share tau dapur baru tu nanti

      Delete
  3. Yep btl, kena rujuk dlu apa yg sepatutnya sblm buat sbrg prubahan. utk mmudahkan kita juga nnti bila berada didapur baru kan =)

    ReplyDelete
  4. busyra ada join masuk group deco kt fb. best tngok dorang design rumahh.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Rasa macam nak buat je semua deko tu. Tapi fikir balik umah sewa. Biarlah dulu

      Delete
  5. Tak sabar nak ada dapur sendiri, hahaha. Berkongsi dapur ni tak best sangat, walaupun guna dapur mak, rasa terkongkong.

    Saya prefer dapur yang kecil tapi padat, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh akak pun sama mai. Nak ubah suai dapur sekarang rumah orang. Tggu rumah sendiri nanti la nak deko2

      Delete
  6. Masih menunggu kelulusan pinjaman rumah. Tak sabar betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa seronoknya. Moga dipermudahkan urusan ye

      Delete
  7. dh 10 thn duk umh sdiri tp satu apa pun tak ubah suai sis... hehhe... apakan daya...

    ReplyDelete
  8. tq for the guidance, kinah.
    aida ni teringin la nak buat dapur kat umah baru.
    but tu la,lom time. lom pindah sana.
    umah skang ni, x le buat pe ubahsuai dah.
    maintain aje :)

    ReplyDelete