Tuesday, 9 May 2017

Sepetang Di Teluk Intan




Ni cerita semalam dah tak tau nak pergi mana lepas check up rutin Thahirah di Klinik Ibu dan Anak, nak balik bosan pulak duduk rumah saja. Last kinah kata jom kita pergi Teluk Intan nak layan rojak dan cendol Mastan Ghani. Jauh betul nak makan rojak ngan cendol macam la kat Hulu Selangor takde hehe. 

Sumber dari Google

Ada memang ada tapi teringin nak cuba lepas member post kat FB die layan cendol dan rojak Mastan Ghani itu yang nak mencuba tu. Bila sampai je Pekan Teluk Intan dan jumpa kedai Mastan Ghani tu hampa sebab rojak dah habis. Frust betul. Orang datang jauh nak merasa dah habis. Siapa orang Teluk Intan sini? Biasanya diorang close pukul berapa? Mungkin habis awal sebab kat area situ ada event. Baru je nak mula sebab da yang baru pasang khemah. Tak tau event apa sebab kebanyakannya orang India. Mungkin untuk hari Wesak Rabu ni la tu.

Ok la tak dapat makan rojak Mastan Ghani kitorang cari le restoran lain. Restoran Mamak dekat area situ juga. Sudah makan hari pun dah petang. Sebelum nak senja suami ajak ambil angin di Jeti Persatuan-persatuan Nelayan. Syokkk kena angin tu. Tengok Sungai Perak maak ai dalamnya ni mesti mana-mana tempat hujan lebat ni.

Muka teruja tengok air sungai dan burung

Teratur je bot-bot nelayan

Thahirah dengan ibu

Habis menikmati pemandangan, kitorang pun balik semula ke Hulu Selangor. Kata ayahnya, nanti kita pergi lagi ye. Janji mesti ditepati heheh.

2 comments: