Rupanya Macam Ni Cara Untuk Cukupkan 8 Gelas Air Pada Bulan Puasa

by - Thursday, May 18, 2017

Air sangat penting dalam kehidupan kita. Cuba bayangkan kalau tiada air, semua tanaman, dan hidupan akan mati. Begitu juga kita sebagai manusia yang memerlukan air untuk kelangsungan hidup. Manusia boleh bertahan tanpa makan tapi jika tiada air, hanya beberapa hari aje kita mampu bertahan. Jadi kita sebagai manusia hargailah air dan jangan membazir dengan sumber itu.

Oh ye dah tak lama dah nak masuk bulan puasa. Pada masa ni, kita tidak minum air untuk tempoh tertentu. Boleh ke kita bertahan tanpa air bagi tempoh tersebut? Sebenarnya boleh. Dengan cara pengambilan air yang betul kita dapat bertahan tanpa air sepanjang hari tau. Adala caranya. Kinah pun baru tahu cara ni. Dulu ikut tekak je, dahaga minum. Sebenarnya cara tu salah. Badan kita memerlukan air dengan secukupnya, jika tidak akan berlaku dehidrasi. Cara nak mengelak berlakunya dehidrasi, kita perlu minum air sebanyak 8 gelas sehari. 8 gelas?? Ye betul 8 gelas sehari dah cukup untuk tubuh kita.
Pada bulan puasa untuk mencukupkan sebanyak 8 gelas sehari ada caranya. Berbeza dengan bulan-bulan lain. Kalau bulan lain bila-bila masa je kita boleh minum. Jadi di sini kinah nak kongsi sikit pada semua bagaimana nak cukupkan 8 gelas pada bulan puasa ni.
Sumber yang kinah dapat ni daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tau. Seperti yang kita tengok dalam gambar rajah tu, untuk melengkapkan 8 gelas air pada bulan puasa kita mulakan selepas bangun sahur, kemudian selepas sahur. Pastu selepas azan maghrib. Kalau kinah pada masa ni satu gelas tak cukup kot hehe. Satu gelas lagi selepas makan, selepas solat Isyak, selepas solat terawih dan akhir sekali sebelum tidur. Haaa macam mana? Cukup 8 gelas sehari kan. Ok la selamat mencuba dan selamat berpuasa tak lama lagi. 

You May Also Like

7 Pengomen Tegar

  1. Jom sama2 amalkan. Tak lah lesu je badan nanti.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak ana. Tak kena cara nanti susah pulak kan

      Delete
  2. tips puasa. boleh dah save gambar ni kan. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila2. Kinah pun save gambar ni. Moga bermanfaat untuk aiman

      Delete
  3. Terima kasih tips akak...Hehehe mai ni dah la jenis susah minum air kosong, nak muntah rasa..dapat seliter sehari pun dah bangga dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama mai. Lepasni jangan malas minum air putih mai. Bagus untuk kesihatan kita

      Delete
  4. tq infonya. tapi tulah bulan puasa ni mmg byk minum air manis je. air masak hmmm hmmm malas nak cite. minum pon sikit je.

    ReplyDelete