Wednesday, 3 May 2017

# Menang Pertandingan

Barang Adabi Dah Sampai

Masih ingat lagi entri kinah yang ni Sini. Kinah ada bagitau kinah menang kajian online daripada Adabi. Sebenarnya dah lama sampai sebelum jumpa sahabat lama yang kinah post di Sini. Mana tau parcel sampai hari Khamis tu. Sedar-sedar orang poslaju call nak hantar barang kat rumah. Dah kita takda kat rumah jawabnya parcel tu berkampunglah di pejabat pos laju heheeh. Siapa suruh lambat hantar. Orang ada kat rumah tak da pulak nak hantar. Ehh lupa nak bagitau sekarang ni poslaju kalau owner takda kat rumah diorang tak tinggal dah nota tu. Pakai sms je. 

Mulanya tak percaya jugak. Bila tanya balik orang poslaju diorang mengiyakan. Apa yang penting nanti masa nak ambil barang bawak ic dan tunjuk tracking no yang dihantar melalui sms. Agaknya diorang buat macam tu sebab takut nota tu hilang. Ehh panjang betul mukadimah. Asalnya nak cerita barang dari Adabi.



Haaa nilah hadiah misteri yang adabi katakan tu. Kaki tu  sila abaikan. Kinah dapat paste rendang, sup bunjut, sup sayur, kurma dan pancake banana flavour. Sejujurnya pancake tu tak pernah cuba lagi. Lain-lain tu dah biasa dah. Apa-apapun alhamdulillah. Terima kasih Adabi. Oh ye sekarang ni nak dapatkan barangan Adabi dah mudah. Tekan-tekan je dah sampai barang ke rumah. 

4 comments:

  1. Bestnya, murah rezeki akak...jimat skit belanja dapur bulan ni.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah mai.. memang jimat belanja dapur bila dah dapat barang2 ni

    ReplyDelete
  3. Wahhh, bestnya 😄 Murah rezeki dapat barangan Adabi, jimat belanja dapur 😉

    ReplyDelete

Total Pageviews