Monday, 13 March 2017

Sambal Tumis Telur Rebus In The House

Dah lama kinah tak share resepikan. Hari ni terlebih rajin nak share di blog ni. Disebabkan telur banyak kat rumah hari ni, kinah masak sambal tumis telur rebus. Simple-simple je.

Nah kinah belanja gambar dulu.


Bahannya simple aje. 


Bahan bahan:
5 biji telur rebus - dikupas dan digoreng
8 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Asam keping
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:
Bawang dan cili dikisar sehingga lumat. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sehingga cili betul-betul masak.

Kemudian masukkan gula terlebih dahulu dan kacau rata. Selepas itu, barulah masukkan sedikit air, garam secukup rasa dan asam keping.

Sesuaikan rasa dan kepekatan. Kemudian bolehlah masukkan telur dan dikacau sehingga telur dan sambal itu tadi sebati. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

3 comments

  1. Kena cuba ni.. selama ni saya masak tak letak telur.

    Telur rebus ni kegemaran saya, kentut pun memang lain macam bau. Kesian adik saya.

    ReplyDelete
  2. Saya suka makan macamni! Simple dan sedappp hehehe.

    ReplyDelete

© Love Is Simple
Maira Gall