Melayan Misteri Wan Peah

by - Monday, March 20, 2017


Setiap malam Isnin sehingga Rabu Misteri Wan Peah sentiasa menghantui kita. Dari episod pertama lagi kinah melayan. Lawak betul tambah dengan loghat Perak lagila teman suke. Yeh Kumbang, Li Kelubi dan Ghani Gagap membuatkan cerita ni hidup. Siapa yang menonton cerita ni mesti geram dengan Cikgu Zaiton tu. Suke benor bawak mulut mengata Cik Siti. Yela Cik Siti baru je pindah kat Kg Pari Hilir tu lawa pulak tu jadi tergugat la Cikgu Zaiton tu. Mak Timah tu pun satu percaya benor dengan Cikgu Zaiton sampai Pa'an kena mandi ayor bunge.

Wan Peah jadi macam tu mungkin disebabkan tekanan sebab orang kampung tak sukakan dia. Apa sebenarnya rahsia Tok Hashim dan Mak Timah ye. Sebenarnya apa yang berlaku dengan  Tok Hashim dan Wan Peah tu. Nak tutup rahsia besar sampai kata Wan Peah tu hantu. Tak sabar pulak nak tunggu next episod malam ni. Moh kome dah nak start dah.


You May Also Like

1 Pengomen Tegar

  1. xpernah tgk 1 episode pun...
    kata org best cter nie...
    viral pun kan..

    ReplyDelete