Lazada Birthday Blogger Contest

by - Monday, March 13, 2017


Klik banner ni kalau nak join


Wanita dengan shopping memang tak dapat dipisahkan. Bagi mereka shopping ni adalah satu terapi bagi mereka. Siapa setuju dengan pendapat ni? Sekarang ni dah semakin mudah dan maju seiring dengan perkembangan teknologi.  Semuanya di hujung jari je. Tunjuk je dan bayar kemudian tunggu barang sampai kat rumah. Tak macam dulu terpaksa beratur panjang di kaunter, bersesak di jalan raya dan paling penting tak payah dah nak bayar tiket parking. Apabila wujudnya perniagaan atas talian seperti ni sedikit sebanyak memberi kemudahan kepada semua tak kira jantina, bangsa dan agama.

Panjang sungguh mukadimah kali ni. Ok lah entri kali ni kinah nak join contest yang sedang berlangsung khusus untuk para blogger di luar sana iaitu 'Lazada Birthday Blogger Contest'. Contest ni dijalankan sempena anniversarry Lazada yang ke-5. Happy Birthday Lazada. Moh le join ramai-ramai manalah tau mungkin rezeki untuk menang. Tak salah mencuba. Kalau nak menang kena jawab soalan dulu.

APA YANG ANDA SUKA TENTANG LAZADA MALAYSIA

Kenapa kinah suka dengan Lazada Malaysia salah satu sebabnya ialah sangat mudah untuk suri rumah macam kinah. Tambah pula ada anak kecik yang semakin meningkat besar. Biasalah budak-budak kalau bawak pergi shopping mall mana boleh lama-lama nanti mulalah meragam. Jadi dengan adanya Lazada Malaysia kerja kinah semakin mudah. Boleh belek lama-lama sikit dan buat perbandingan. Tambahan pula Lazada ada banyak pilihan dan jenama pun yang biasa kita guna. Haa kan mudah tu.

Satu lagi yang best tentang Lazada ni Lazada selalu menawarkan harga yang kadang kala tak masuk akal maknanya lebih murah berbanding di pasaran luar. Jika ada yang subcribe email dengan Lazada, kita akan selalu terima update daripada Lazada.

Cara pembayaran pun mudah. Ada barangan yang boleh dibayar secara cash on delivery atau COD dan ada juga yang bayar melalui bank transfer atau pun kad kredit. Jika barang yang diterima tidak berada dalam keadaan baik kita boleh lapor pada Lazada dan Lazada akan menggantikannya dengan yang baru.


TIGA BARANG PILIHAN DARIPADA LAZADA MALAYSIA



Khind Oven Toaster OT52R ni yang kinah idamkan. Tambahan pula kat rumah ni belum ada lagi oven kiranya ni wishlist kinah untuk tahun ni. Tengok tu siap boleh panggang ayam lagi. Kiranya semua boleh. Sebenarnya banyak lagi pilihan dalam Lazada tapi hati dah berkenan dengan Khind Oven Toaster ni. Tengok harga asal RM358.00 dan harga yang ditawarkan Lazada pula sebanyak RM279.00. Ok la tu harganya not bad. Review daripada pengguna pun semuanya yang baik je. Kiranya trusted brand juga la.

Buat mereka yang tengah mencari perabot rumah boleh survey di Lazada je. Tak payah nak bazirkan minyak kereta nak survey satu kedai ke satu kedai. Ha cuba tengok pilihan kinah nombor dua ni. Cabinet TV (Maple + white). Ada potongan harga tu dari RM289.00 ke RM189.00. Wowwww memang best la Lazada.


Pilihan ketiga ialah daripada Adata - Lazada Malaysia iaitu power bank. Sekarang ni power bank dah menjadi perkara penting dan perlu ada dalam beg di saat kecemasan. Adata - Lazada Malaysia sekarang tengah ada promosi.

BAGAIMANA LAZADA BOLEH MAJU

Selama 5 tahun Lazada bertapak di bumi Malaysia ni telah membuktikan bahawa Lazada Malaysia semakin kukuh walaupun terpaksa bersaing dengan syarikat lain. Syabas kepada Team Lazada yang sentiasa komited dan sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Teruskan pencapaian terbaik ini di samping sentiasa membuat penambahbaikan sistem sedia ada kepada mesra pengguna seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

UCAPAN BUAT LAZADA MALAYSIA SEMPENA ULANGTAHUN KE 5

Semoga Lazada terus success membina empayarnya di Malaysia. Siapa yang tak kenal dengan Lazada, perniagaan dalam talian terkenal di abad ini. Tahun depan bolehlah buat contest macam ni lagi hihi.




You May Also Like

3 Pengomen Tegar