Terima Sampel Susu Nankid

by - Friday, February 24, 2017

Lepas solat zohor tadi terdengar orang ketuk pintu. Dalam hati siapa pulak ni. Mula-mula tak nak bukak sebab takut salesman datang. Makin lama makin kuat dia ketuk dan bagi salam. Ehh tak leh jadi ni. Bukak je pintu rupanya posmen pos laju. Blur jugak masa tu apa benda pulak ni. Rasanya semua hadiah giveaway dah selamat sampai dah minggu lepas. Bila dah sain semua dan tengok parcel apa menda ni. Bila tengok bahagian bawah penerima tu dia ada remark Nankid.  

Ohh baru la teringat hari tu kinah ada request free sample untuk susu budak. Dah orang nak bagi kita ambil. Bukan kena bayar pun. Siap daftar jadi ahli lagi ha. So tak tunggu lama bukak parcel ada kotak dalamnya. Dalam lotak tu ada susu dan sehelai sapu tangan. Waa terima kasih Nestle. 

Sampel Susu

Kalau tak salah susu Nankid ni agak mahal juga. Lagipun sekarang ni Thahirah minum susu Dutch Lady. Aritu ibunya dapat susu kali ni anaknya pulak dapat susu. Pada yang nak dapatkan sampel percuma macam kinah pergi je web freebiesland. 

You May Also Like

1 Pengomen Tegar

  1. Wahhhhh syok juga dapat free sample kan. tak payah bayar pun hehe.

    ReplyDelete