Thursday, 9 February 2017

# Kreativiti

DIY- Bekas Bunga Hiasan

Hari ni bersiaran lewat sikit. Mencari idea yang hilang. Akhirnya baru teringat hari tu ada download gambar untuk hiasan bunga rasanya sesuai la kot letak dalam rumah. Bunga hiasan je la ye. Gambar ni kinah dapat dari kawan kinah. Aritu dia ada share. Macam menarik je untuk dikongsi pada semua. Pada yang nak mencuba selamat mencuba ye.


Mula-mula cari kain tuala yang dah tak nak pakai dah. Kalau ada bajet lebih beli tuala yang murah-murah je. Kemudian bancuh simen dan masukkan tuala tersebut ke dalam  bancuhan simen tu. Masa ni kena pakai plastik nanti melekat pulak simen tu pada tangan. Pastikan tuala tadi tu betul-betul kena bancuhan simen.


Setelah itu, carilah kotak lama ke apa yang boleh untuk diletakkan tuala tadi. Biarkan sampai kering. Bila dah kering bolehlah catkan dengan warna kesukaan korang. 


Ha tara inilah hasilnya. Cantikkan tapu tula kerjanya leceh sikit. Pasni bila tetamu datang ke rumah tanya mana beli, jawab jebuat sendiri je hihi.

2 comments:

  1. Kreatifnye. Comel pulak tu hasil dia warna warni 👍

    ReplyDelete
  2. Cantik sangat! Kreatif2 ni kena rajin la, hahaha.

    ReplyDelete

Total Pageviews