Review- Novel Jodohku Gadis Kampung

by - Wednesday, January 25, 2017

Masih ingat lagi kinah ada post mengenai tiga novel yang masih belum dibaca. Pada yang terlepas boleh rujuk di sini. Entri kali ni kinah nak cerita salah satu daripada novel tersebut iaitu Jodohku Gadis Kampung. Mungkin kinah agak ketinggalan sikit ehh sikit ke. Rasanya novel ni dah lama ada di pasaran cuma baru-baru ni aja kinah dapat membaca. Usah ditanya kenapa.

Ok lah dah habis introduction. Sekarang ni kita nak masuk ke isi pulak. Sila ambil perhatian ye hehe.


Jodohku Gadis Kampung ni merupakan karya Nieya Jalies. Entah di mana salahnya apabila dilahirkan sebagai seorang perempuan? Bagi Aufa dia tidak pernah kenal erti kasih sayang daripada ayah kandungnya sendiri, Pak Latep. Buat baik dihina, buat salah dibenci selama-lamanya.

Kesempitan hidup yang di alami oleh Aufa sekeluarga menjadikannya terdesak. Atas desakan itu jugalah telah menemukan Aufa dengan Syed Al-Hadeef. Kerana lelaki ini Aufa telah mula kenal erti cinta, apa itu rindu. Setelah disatukan sebagai suami isteri, kehidupan pasangan ini diduga apabila suaminya Hadeef meninggalkannya pada hari perkahwinan mereka tanpa sebarang pesan. Hal ini menyebabkan Aufa menjadi seorang yang tidak yakin lagi dengan cinta. 

Setelah tujuh tahun pemergian Hadeef, Hadeef muncul semula dengan harapan Aufa akan menerimanya semula. Selama kehilangannya adalah disebabkan sengketa yang berlaku dengan abinya Syed Al-Hakim telah menyihir anaknya sendiri. Segala yang terjadi telah dijelaskan kepada Aufa namun hatinya telah hancur. Pelbagai usaha dilakukan oleh Hadeef namun masih tidak dapat memenangi hati isterinya itu.

Adakah cinta mereka bersatu? Segalanya akan terjawab di dalam Jodohku Gadis Kampung.

You May Also Like

0 Pengomen Tegar