Tuesday, 3 January 2017

Review ~ Novel Aku Bukan Cipan

Kali ni kinah nak up post mengenai novel pulak. Lama dah kan tak cerita pasai novel. Novel yang kinah nak review kali ni berbeza dengan novel yang lain. Penerbitnya ialah Kaki Novel. Siapa suka novel terbitan Kaki Novel? Kinah pun pengumpul novel Kaki Novel juga. Biasanya kinah beli yang kombo pack sebab lebih murah berbanding beli lat kedai buku di luar sana.

Berbalik pada novel yang kinah nak story kali ni. AKU BUKAN CIPAN ye dengar tajuk pun dah rasa teruja nak membacakan. Serius novel Aku Bukan Cipan ni memang berbeza dengan novel yang lain. Nak tau kenapa? Haa siapa yang pernah lalui era 80 an dan masa tu zaman rock kapak seperti kumpulan Search, Wings tengah naik masa tu, ini keistimewaan novel ni. Penulis menggunakan latar belakang zaman rock dan era 80 an secara langsung kita boleh mengetahui bagaimana kehidupan pada zaman itu. 

Kisah percintaan, bagaimana dipinggirkan oleh kawan-kawan san guru setelah kematian ibunya telah disalah ertikan malah ayahnya pula telah menghilangkan diri setelah kematian ibunya maka hilanglah Amit tempat bergantung. Ada rahsia yang belum diketahui olehnya. Setelah satu kejadian di sekolah, tanpa usul periksa dia dibuang sekolah. Amit telah keluar membawa diri dan keluar dari kampung kelahirannya. Kehidupan mesti diteruskan. Berjumpa dengan seorang lelaki bernama jimi telah mengubah nasib hidupnya.

Tak maulah cerita lebih-lebih cukuplah sampai di situ. Kalau nak gelak berdekah-dekah korang memang wajib memiliki naskhah ni. Bukan elemen percintaan sahaja, malah elemen kehidupan, setiakawan,  dan kasih sayang.


Penulisnya Harith Hakeem, rasanya satu-satu je penulis lelaki dalam penerbitan Kaki Novel kalau tak silap la ye. Novel ni kinah beli online je dan bertuahnya dapat pulak tandatangan daripada penulis. 



2 comments

  1. novel ni macam funny je..mesti seronok baca kan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang funny cik itah. Cuba la baca memang x kering gusi hihi

      Delete

© Love Is Simple
Maira Gall