Saturday, 31 December 2016

Hobi Baru

Sekarang ni kinah ada hobi baru. Nak tau apa? Mewarna la.. Eh macam budak-budak pula suka mewarna. Sekarang ni bukan budak-budak je suka mewarna mak-mak budak pun suka. Dulu masa kecik-kecik suka mewarna. Disebabkan sekarang ni dah mula canggih, mewarna tak payah pakai buku mewarna dah. Pakai handphone pun boleh tau. Tapi walau macamna sekalipun mewarna dekat buku feeling lain sikit.

Di zaman serba canggih ni, taip je apa yang kita nak semua ada. Kinah tiba-tiba minat balik mewarna ni masa godek playstore kelmarin. Ada bahagian recommend for you. Kinah pun tekanla dan tengok wowww. Macam best je ni. Apa lagi kinah pun download salah satu aplikasi. Sebenarnya banyak apps yang boleh kita pilih dari kanak-kanak sehinggalah dewasa. Kinah confirm download yang dewasa punya. Lepas beberapa hari mewarna ni la hasilnya

Dalam apps ini, ada pelabagai kategori yang boleh kita pilih. Gambar di atas ni daripada kategori Ball. Sebenarnya nak mewarna terutama dalam handphone memerlukan ketelitian yang tinggi. Biasanya kinah mewarna sebelum tido. Bila mewarna ni kita rasa lebih relax. Tu pada pandangan kinah la ye. Lain orang lain pandangannya.


Haa macam mana cantik tak? Sebenarnya ada la dalam  4 ke 5 yang telah kinah hasilkan cuma tak dapat nak upload banyak sebab line internet yang laju mcam siput. Tapi tak pela Dah kebetulan esok tahun baru, jadi dikesempatan ni kinah nak ucapkan selamat tahun baru.

Friday, 30 December 2016

R Herritage Recipe di Meru Raya Ipoh


Macam biasa pada setiap hari Khamis ada je agendanya. Pada hari ni terjah sebuah restoran pula. Kiranya harini makan-makan jela. Restoran kali ni terletak di Meru Raya berhadapan dengan McDonald Meru Raya, Ipoh. Tahu kewujudan restoran bila ada member post di facebook. Tengok tempat ala area dengan PKNP Perak yang baru. Nama restoran ni ialah R Herritage Recipe (RHR). Siapa yang suka makan ala-ala western boleh terjah restoran ni. Memang berbaloi.

Haa ni la restorannya. Betul-betul depan Mc Donald Meru Raya. 


Korang boleh pilih menu yang korang suka. Macam-macam ada. 

Nasi ulam opah. Korang boleh pilih sama ada nak ayam bakar atau daging bakar. Kitorang pilih daging bakar.

Bronzil Grill Burger kalau tak salah namanya. Juga boleh pilih sama ada nak ayam atau daging. Ikutlah kesukaan anda.




Selain itu, set untuk kanak-kanak turut disediakan juga. Marzaqah Thahirah makan mushroom soup. Menyengih je la die.



Haa terliur tak? Pada orang-orang Ipoh bolehlah terjah restoran yang best ni. Kalau tak nak crowded sangat baik pergi waktu siang. Mula beroperasi pada pukul 3.00 petang hingga 12.00 malam. Selain itu, pada yang nak sambut birthday ke anniversary pun boleh di sini. 

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut boleh dapatkan di

Facebook : R Herritage Recipe
No telefon: 011-1518 6079




CPUV-Grab MY

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terima cpuv dari Nuffnang. Walaupun blog ni suam-suam kuku aje. Rezeki anak mungkin. CPUV kali ni daripada Grab MY tak pastilah itu iklan apa sebab tak muncul pun. Tapi tak pelah janji ada masyuk. Mungkin Grab My ni sebuah aplikasi seperti uber kot. Sebenarnya iklan ni dah berlangsung pada 27 Disember lepas dan disebabkan kekangan masa tak dapat nak update iklan terbaru. 

Apa-apa pun terima kasih nuffnang. Lepasni bagi banyak-banyak lagi ye.




Thursday, 29 December 2016

Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com



Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 28 Disember 2016, iaitu tepat jam 2.30 petang sehingga hari esok, 11.30 malam 29 Disember 2016. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Monday, 26 December 2016

Dah Tukar Pelan La Pulak

Perasan tak sekarang ni Celcom dah tiada pelan internet burung hantu. Sekarang ni Celcom buat pelan baru iaitu pelan internet asas untuk RM1.00 tapi tiada had untuk satu hari sahaja manakala RM7.00 untuk seminggu. Dah tak ada yang bulanan dah. Aish internet asas faham-faham je la slow connection yang kinah geramnya dengan celcom ni pelan internet burung hantu masih ada lagi kuotanya. Tiba-tiba je dah tiada pelan tu. Kiranya burn macam tu je la. Dah la tak berbaloi. Line sekarang ni kejap ada kejap tak ada. Siapa yang pakai Celcom? Jadi macam kinah tak?

Kata pengguna setia, ini yang dibalasnya. Nak tukar nombor sayang. Nombor ni pakai masa zaman belajar dulu tambahan pula dah daftar dengan perbankan internet. Susah la macam ni. Grrr. Sorry ye hari ni entri meluahkan perasaan. Sakit hatilah dengan Celcom ni.


© Love Is Simple
Maira Gall