Saturday, 24 December 2016

Pengalaman Menaiki MRT

Kelmarin kami berpeluang untuk menaiki MRT yang baru sahaja dilancarkan pada 16 Disember lepas. Agak ramai juga ibu bapa yang membawa anak mereka untuk menaiki MRT kebetulan pula tengah cuti sekolah lagi. Kami pun tidak melepaskan peluang untuk menaikinya tambahan pula Perdana Menteri kita telah umumkan perkhidmatan MRT adalah percuma untuk satu bulan.

Secara keseluruhannya, dengan terbinanya MRT ni dapat membantu mengatasi masalah kesesakan jalan raya terutama pada waktu puncak. Di samping itu, dapat menjimatkan masa dan kos terutama bagi mereka yang terpaksa bekerja jarak jauh.

Pada masa ni orang tak ramai lagi sebab dari Sungai Buloh bila dah sampai stesen seterusnya baru ramai orang naik. MRT ni bergerak dari Stesen Sungai Buloh ke Stesen Semantan sahaja sebab yang lain tak siap lagi huhu.

Sebenarnya tak banyak beza pun dengan komuter dan LRT cuma MRT ni tiada pemandu. Jadi kita dapat lihat dengan jelas dihadapan. Boleh dikatakan MRT ni mesra untuk orang kelainan upaya kerana adanya tempat khusus untuk meletakkan kerusi roda.



Kepada sesiapa yang mempunyai masa terluang bolehlah bawa anak menaiki MRT ni sementara masih ada baki cuti sekolah dan tempoh percuma. Oh ye, pada yang membawa kereta tu jangan lupa top up touch n go tu kerana parking hanya menggunakan touch n go sahaja.

CPUV- Family Mart Launch

Alhamdulillah sekali lagi dapat cpuv. Kali ni daripada Family Mart Launch. Family mart sekarang dah ada di Malaysia tau. Family mart ni baru sahaja dilancarkan. Family Mart ni berkonsepkan 'fresh food' dan juga produk import terutama daripada Jepun. Jadi kepada kepada mereka yang berminat boleh kunjungi ke Family Mart.

Sempena pembukaan Family Mart, promosi pembukaan sedang berlangsung.



Antara produk yang terdapat di Family Mart





Lokasi Family Mart







Coklat Daim dan Toblerone Tidak Mendapat Pengiktirafan Sijil Halal di Malaysia

Setelah sekian lama kita makan coklat ni, baru hari ni dihebahkan coklat kegemaran ramai ini tidak mendapat pengiktirafan sijil halal di Malaysia. Allah selama ni kita makan??? Tak boleh nak cakap banyak. Dulu kalau ada yang nak pergi ke Langkawi mesti akan kirim coklat ni. Boleh gila makan coklat ni. Ok kita sebagai pengguna yang bijak, lepasni tak payahla makan lagi coklat ini.



Sunday, 18 December 2016

Petua Ubati Asma Atau Lelah


Bila asma atau lelah datang inhaler mesti ada di sisi. Pelbagai sebab boleh mengakibatkan kita boleh asma atau lelah seperti kawasan persekitaran penuh dengan habuk. Namun begitu, selain bergantung pada inhaler yang telah dibekalkan kita boleh juga mengamalkan petua-petua lama yang telah diamalkan sejak zaman dahulu.






Sumber: Seminit Resepi

© Love Is Simple
Maira Gall