Friday, 16 December 2016

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2017

Sumber: Google

Tengah mencari jadual pembayaran gaji bagi tahun 2017? Di sini kinah kongsikan jadual tersebut. Semoga dengan adanya jadual ini, anda dapat merancang segala perbelanjaan untuk tahun 2017.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh menyemak pekeliling yang dikeluarkan di sini



Tuesday, 13 December 2016

Objek Pelik Ditemukan di Pantai Muriwai, Auckland



Objek ganjil yang dipenuhi teritip ditemukan terdampar di pantai Muriwai, Auckland dan telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penduduk setempat.

Objek berkenaan ditemukan oleh seorang wanita, Melissa Double­day yang kemudian memuat naik gambar tersebut dalam laman sesawang masyarakat kawasan Muriwai dan Waimauku.

“Hanya ingin kepastian jika ada sesiapa yang tahu mengenai objek ini yang terdampar di pantai Muriwai,” soal Doubleday.

Objek ini muncul setelah berlakunya gempa bumi di New Zealand pada 2 bulan yang lalu. Apakah objek ini sebenarnya? Hanya Allah S.W.T je yang tau.

Sumber ini dipetik daripada Utusan Online.

Kerana Buntat


Tengok keyword kinah untuk minggu ni majoriti cari Buntat. Buntat sekarang dah trending. Lakonan Buntat berjaya menyentuh hati penonton 7 Hari Mencintaiku. Walaupun scene Buntat tak banyak sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada penonton. Walaupun cerita ni tiada kaitan dengan hidup atau pun yang dah tiada, kita sebagai penonton perlulah mengambil iktibar apa yang telah ditayangkan itu. Orang yang paling kita benci, orang yang langsung kita tak nak tengok pun muka dia satu hari nanti dia akan tolong kita dan bila dia dah tiada barulah kita rasa menyesal atas apa yang kita dah lakukan padanya. Panjang lebar pulak mengomel hari ni. Bila anak dah tido, inilah masa nak menggodek blog. 

Disebabkan kinah update pasal Buntat semalam pageview kinah dah mencecah seribu lebih. Famous adik Buntat kita ni ha. Semoga lepas ni ada la watak yang sesuai untuk Buntat dan satu lagi kalau ada anugerah pelakon pembantu lelaki terbaik memang Buntat layak yang terima anugerah tu.

Monday, 12 December 2016

Buntat 7 Hari Mencintaiku

Sedihnya scene 7 Hari Mencintaiku tadi apabila Buntat meninggal dunia kerana nak selamatkan Mia. Sedih sangat. Nasib duduk berdua dengan Thahirah kalau ayahnya ada confirm ibunya kena boo sebab menangis tengok part tadi. 

Buntat ni nama sebenarnya ialah Mohd Ariff. Buntat ni merupakan anak kepada tauke roti canai Pak Mutalib di Jitra. Alhamdulillah rezeki Buntat berlakon. Harap selepas ni Buntat dimurahkan rezeki. Lakonan Buntat pun not bad. Lepasni rindu dialog 'kak popi', 'ka kak'.

Gambar ni sumber daripada Buletin Media.

Ummi Nazeera Bertunang Dengan Doktor


Pelakon Patah Sayap Sebelah, Ummi Nazeera selamat ditunangkan dengan pilihan keluarga yang hanya ingin dikenali sebagai Mr I, dalam majlis tertutup di kediaman keluarganya semalam.

Mr.I merupakan seorang doktor yang berasal dari Kuala Lumpur telah menyerahkan 5 dulang berbalas 5 daripada pihak perempuan.

Pelakon drama bersiri popular itu kelihatan anggun mengenakan rekaan Fizi Woo di hari bersejarah itu. Pasangan ini akan melangsungkan perkahwinannya pada tahun hadapan.


Gambar daripada Utusan Online

Sunday, 11 December 2016

Salam Maulidur Rasul



Maulidur Rasul merupakan bahasa Arab iaitu bila diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia ialah kelahiran Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis untuk memperingati hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Sumber dipetik daripada Wikipedia

SEGMEN BLOGLIST JANUARI CIKLAPUNYABELOGDOTBLOGSPOTDOTMY


Segmen datang lagi. Kali ni segmen bloglist dari Cikla. Cikla sedang mencari bloglist untuk bulan Januari. Bermula pada 11 Disember sehingga 31 Disember ni. Marilah kita sama-sama meriahkan lagi segmen ni. Nak join tak? Klik banner ye.

Khasiat Daun Sup yang Kita Tak Tahu

Kenal tak daun apa ni? Daun sup atau daun ketumbar? Haaa ni daun sup. Daun sup mempunyai daun yang lebih jarang dan bentuk daunnya lebih besar berbanding dengan daun ketumbar. Biasanya daun sup ni kita guna sebagai bahan akhir setiap masakan untuk perangsang selera. Selain itu, daun sup juga mempunyai kadar protein yang tinggi dan lebih menarik minyak yang diekstrak daripada daun sup boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan ramuan minyak wangi. Tahu tak daun sup ni banyak khasiatnya. Antaranya ialah:

  1. Sistem Imunisasi - 100 gram daun sup mempunyai nilai tenaga sehingga 18 kalori. Vitamin c yang terkandung di dalamnya dapat menguatkan sisttem imun dan membuatkan tubuh lebih tahan terhadap penyakit baru. Dengan syarat, daun sup ini dimakan mentah sebagai ulam-ulaman.
  2. Penawar buah pinggang - Tumbuhan ini memiliki sifat diuretik yang berguna untuk permasalahan buah pinggang dan masalah jantung. 
  3. Merawat kencing manis - Daun sup menpunyai sifat mengurangkan kadar gula dalam darah. Malah merupakan ramuan ideal untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan tekanan.
  4. Sistem perkumuhan - Biji benih daun sup diamalkan, dapat membantu menyingkirkan air berlebihan dalam badan. Malah digunakan sebagai perangsang untuk membuang air besar.
  5. Menurunkan kadar kolestrol - Amalkan makan daun sup dalam diet harian kerana daun sup ini mampu merendahkan tekanan darah dan kolestrol serta melindungi hati daripada bahan-bahan yang merosakkan.
  6. Mencuci buah pinggang - Amalkan minum air rebusan daun sup segelas sehari. Lebihan garam dan racun akan keluar melalui proses pembuangan air kecil.
  7. Penawar ubat batuk - Rebus daun sup bersama batang dan akar bersama tiga gelas air. Tapis dan minum dua kali sehari bersama madu lebah.
  8. Mengubati mata kering - Tumbuk daun sup, daun bayam dan daun kelor sehingga halus kemudian campurkan sedikit garam dan satu cawan air. Gaul dan tapis. Minun tiga kali sehari.
Nilah rupa daun kelor.

Pelakon Zakaria Yusof Kembali ke Rahmatullah


Ada yang masih meingati pelakon vateran, Zakaria Yusof yang sering membawa watak antagonis suatu ketika dahulu. Kini, beliau telah kembali ke rahmatullah akibat jangkita paru-paru dan masalah buah pinggang di Hospital Kuala Lumpur. Menurut menantunya, bapa mentuanya itu baru sahaja pulang mengerjakan Umrah pada Rabu lalu .

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4 Lembah Keramat selepas zohor pada hari ini.

Harith Iskander Manusia Paling Lucu di Dunia


Pelawak, Harith Iskander telah dinobatkan sebagai manusia paling lucu di dunia pada Pertandingan Manusia Paling Lucu di Dunia, di Levi, Finland. Harith Iskander telah menewaskan empat finalis lain iaitu Alex Calleja dari Filipina, Katerina Vrana dari Greece, Mino Van Nasaau daripada India dan David Klimnick dari Israel.

Pertandingan Manusia Paling Lucu di Dunia merupakan anjuran Laugh Factory iaitu sebuah rangkaian komedi sedunia yang berpusat di Amerika Syarikat. Pemenang dipilih berdasarkan undian dalam talian yang dibuka 24 jam selepas pertandingan itu berakhir.


© Love Is Simple
Maira Gall